fbpx

UNHCR Iktiraf RCEC Gabungan HALUAN-NAMA Foundation

UNHCR Iktiraf RCEC Gabungan HALUAN-NAMA Foundation

UNHCR Iktiraf RCEC Gabungan HALUAN-NAMA Foundation

BANDAR BARU BANGI, 27 Jun 2019  — Rohingya Community Educare Center (RCEC) yang merupakan kerjasama pintar antara HALUAN dan NAMA Foundation telah mendapat pengiktirafan sebagai pusat pendidikan alternatif oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). UNHCR juga dikenali sebagai agensi Pelarian PBB merupakan program yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi dan menyokong pelarian.

Dalam surat pemakluman bertarikh 25 Jun itu, badan itu berkata kanak-kanak yang belajar di RCEC kini adalah di bawah pemantauannya. Mereka bersama ibubapa mereka perlu diberikan hak perlindungan, katanya lagi.

Sepertimana kanak-kanak lain, anak-anak pelarian ini berhak mendapat hak untuk hidup, survival hidup serta perkembangan yang sewajarnya setinggi mungkin. Namun begitu, kehidupan sebagai pelarian menafikan hak-hak membesar dengan wajar kepada mereka.

Katanya, anak pelarian di Malaysia dihalangi daripada mendapatkan sistem pendidikan formal, dan terpaksa dididik melalui saluran pendidikan selari yang tidak formal di 128 buah pusat pembelajaran komuniti seluruh negara.

Dengan pengiktirafan ini, UNHCR dijangka memberikan bantuan kewangan dan bahan kepada RCEC sambil mempertingkatkan kemampuan mengajar dan emolumen para pendidik di sana. 

RCEC telah dibina pada bulan Oktober 2017 dan merupakan satu pusat pendidikan komuniti bagi etnik Rohingya khasnya di sekitar Seri Kembangan, Selangor. Dengan adanya, pusat ini, masyarakat pelarian tersebut bukan sahaja memperolehi  pendidikan asas anak-anak mereka tetapi juga pembelajaran bahasa Inggeris untuk remaja dan pendidikan kekeluargaan untuk ibubapa pelajar. 

Dalam masa terdekat, HALUAN merancang untuk membuka cawangan RCEC di Alor Setar dan Kuantan.

____
Laporan mediaHALUAN

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Rohingya (RCEC)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.