fbpx

Ummah Tagih Kepimpinan Islam

Ummah Tagih Kepimpinan Islam

Ummah Tagih Kepimpinan Islam

Kepimpinan Islam telah hilang dari masyarakat manusia. Apa yang tinggal hanyalah bahan-bahan cetak atau media-media yang memperkatakan tentang kepimpinan Islam. Ia hanya menjadi bahan senaman minda, tajuk untuk diperbahaskan dalam seminar atau forum.

Syariat Allah SWT dipinggirkan, peraturan ciptaan manusia diangkat tinggi. Kuasa pemutus Allah SWT telah diambil oleh orang perseorangan ataupun badan-badan tertentu. Arahan-arahan Allah SWT dipandang sepi walau disegi ilmu dan kefahaman terhadap arahan ini sangat tinggi. Ada pula dikalangan orang Islam sendiri sudah berani mempertikaikannya.

Kesengsaraan ketiadaan kepimpinan Islam bukan sahaja dirasai oleh umat Islam tetapi juga umat bukan Islam bahkan oleh seluruh umat di dunia. Kepimpinan yang tidak berlandaskan kepada Syariat Allah SWT membawa kerosakan dan bencana yang besar kepada kehidupan manusia. Lantaran tidak takut kepada Kekuasaan Pencipta alam ini, orang-orang yang berkuasa membuat apa sahaja yang mereka suka dan lebih berdasarkan hawa nafsu.

Firman Allah SWT :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Rum [30:41]

Umat manusia hari ini ternanti-nantikan kepimpinan Islam muncul dalam kehidupan mereka. Hanya kepimpinan Islam yang boleh membawa keadilan dan kesaksamaan kepada mereka. Telah terbukti dalam sejarah bagaimana mereka hidup dengan aman bermula dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah zaman Khalifah Uthmaniah yang memerintah hampir dua pertiga dunia.

Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden HALUAN
Petikan Ucapan Dasar MTP-30

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my