fbpx

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

HALUAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga petugas media BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terkorban ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia pada hari Jumaat lalu.


Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Kami menyanjung tinggi kesungguhan Allahyarham dalam membantu rakyat Somalia yang sedang berhadapan dengan bencana kemarau dan kebuluran. Usaha ini seharusnya menjadi teladan kepada setiap kita yang cakna terhadap mereka yang ditimpa musibah tanpa mengira batasan agama, bangsa mahupun geografi.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)