fbpx

HALUAN

Mivtza Oferet Yetzuka

Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia. Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka? Ianya …

NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Turki Lancar Projek Lifeline 4 Gaza

KUALA LUMPUR, Selasa 13 April — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan. Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha …

NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza

NGO-NGO Malaysia Dan Wakil IHH Lancar Projek Lifeline 4 Gaza

KUALA LUMPUR, Selasa 13 April — Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan. Beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program dalam usaha …

Warga Seberang Jaya Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Warga Seberang Jaya Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Permatang Pauh, 18 April – Masyarakat di Seberang Jaya tanpa mengira bangsa dan agama bersatu menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Gaza yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Mereka menyokong dan membantu usaha konvoi bantuan melalui projek “Lifeline 4 Gaza” dengan menghulurkan bantuan dana di samping menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan …

Kekejaman dan pencabulan di penjara Israel berterusan

Gerakan-gerakan perlawanan Palestin akan menangkap lebih ramai tentera Zionis Israel untuk dijadikan tahanan sekiranya dunia terus tidak memperdulikan isu penyeksaan yang berterusan dilakukan ke atas tahanan Palestin di dalam penjara-penjara dan pusat-pusat tahanan tentera Zionis Israel. Khamis lalu, Jurucakap Kanan Kerajaan Gaza, Sami Abu Zuhri menyebut bahawa dunia hanya memberi perhatian kepada  dengan isu pembebasan …

Konsert ‘Lifeline 4Gaza’ Menyemarak Semangat Menyelamatkan Palestin

Konsert ‘Lifeline 4Gaza’ Menyemarak Semangat Menyelamatkan Palestin

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Jarang kita melihat sebuah konsert nasyid dapat mengawal mood penonton dengan begitu baik sekali sehingga hampir seluruh persembahan dihayati dan khalayak turut mengambil bahagian. Tetapi itulah yang berlaku dalam konsert ‘Lifeline 4Gaza’ di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, di sini baru-baru ini. Kumpulan nasyid Indonesia yang cukup popular dengan lagu-lagu …

Charity Lunch Save Palestine Mendapat Sambutan di Kota Bharu

Kota Bharu , 27 Mac– Dengan bertemakan Menerobosi Tembok Kematian, Biro HALUAN Palestin dengan kerjasama Kolej Teknologi Darul Naim, HALUAN Kelantan dan Sekretariat Misi Cakna Palestin telah berjaya menganjurkan Majlis Charity Lunch Save Palestin di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu terhormat Timbalan Menteri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad …

Relawan HALUAN Tingkatkan Kemahiran Bantuan Kemanusiaan

Relawan HALUAN Tingkatkan Kemahiran Bantuan Kemanusiaan

Biro Bantuan Misi Kemanusian HALUAN telah menganjurkan Latihan Misi Kemanusiaan Dan Paramedik dari 20hb hingga 21hb Mac baru lalu. Latihan yang diadakan di Kompleks HALUAN Penyayang, Bukit Naga, Shah Alam itu telah disertai oleh 20 orang relawan yang mewakili cawangan-cawangan HALUAN dari seluruh negara. Sebagai sebuah NGO yang berpegang kepada slogan berakhlak, mendidik dan berbakti, …

PEWARIS 5 Menyemarakkan Remaja Untuk Mendidik dan Berbakti

PEWARIS 5 Menyemarakkan Remaja Untuk Mendidik dan Berbakti

KANGAR, 14 Mac — Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PEWARIS 5) dari 12hb hingga 14hb Mac 2010. Perkhemahan yang diadakan di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat itu telah dihadiri oleh seramai 143 pemimpin remaja dari seluruh negara. PEWARIS kali ini membawa tema “Singa di Siang …

Kenyataan Netanyahu: Jerusalem adalah Negara Bagi Kami

Walaupun terus menerima kecaman antarabangsa yang datang bertubi-tubi akan tindakan Israel dalam isu pembangunan ribuan pemukiman baru di Jerusalem, namun kerajaan Israel terus bersikap tidak peduli dan ambil kisah. Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menegaskan hak Israel untuk melakukan pembangunan di Jerusalem, setelah berdiskusi dengan Amerika Syarikat berkaitan perancangan pembangunan rumah baru di …