fbpx

HALUAN

Ride Pray For Syria Melabuhkan Tirai

Ride Pray For Syria Melabuhkan Tirai

PERMATANG PAUH, 13 Mac 2014 – Program Ride Pray For Syria (RP4S) yang berlangsung sejak 9 November 2013 akhirnya melabuh tirai di Politeknik Seberang Perai hari ini. Program kerjasama di antara Kumpulan Northern Versys Owners Group (NVOG) dan HALUAN ini bertujuan untuk mengumpul dana bantuan kepada mangsa peperangan di Syria yang masih berlanjutan sejak hampir …

Krisis Kemanusiaan Gaza Makin Meruncing

Krisis Kemanusiaan Gaza Makin Meruncing

gaza-01GAZA, 18 Mac 2014 – Disekat di utara oleh Israel dan di selatan oleh orang Islam sendiri iaitu negara Mesir yang tunduk kepada yahudi, Semenanjung Gaza yang terkepung bak kambing kurus tanpa rumput dalam kandang semakin tertekan. Krisis saraan hidup dan bantuan kemanusiaan di sana semakin kritikal. Pintu-pintu utama yang biasa memasukkan bekalan ubat-ubatan, makanan …

Latihan Pengurusan Bencana Seliaan JPAM Perkasa Relawan HALUAN

Latihan Pengurusan Bencana Seliaan JPAM Perkasa Relawan HALUAN

BUTTERWORTH, 1 Mac 2014 – Pelbagai peritiswa yang berlaku dewasa ini khususnya peristiwa bencana alam, peperangan dan isu kemanusiaan memerlukan tenaga sukarelawan untuk tampil membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sifat kesukarelawanan ini tidak mungkin terbit begitu sahaja tanpa niat, minat, ilmu dan kemahiran. Pelbagai usaha memperkasakan barisan para relawan HALUAN telah dirancang khusus bagi menepati …

UTeM dan HALUAN Lancarkan Misi Kemanusiaan Syria

UTeM dan HALUAN Lancarkan Misi Kemanusiaan Syria

SEPANG,14 Mac 2014 – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama HALUAN telah menghantar lima orang aktivis, dua orang dari HALUAN dan tiga orang dari UTeM, ke kem-kem pelarian Syria di Jordan bagi menyalurkan bantuan perubatan dan pakaian bagi menghadapi musim sejuk. Umat Islam Syria kini berada dalam kesusahan dan penderitaan akibat penindasan dari rejim Bashar …

Rekreasi Menguji Daya Ketahanan Pemuda HALUAN

Rekreasi Menguji Daya Ketahanan Pemuda HALUAN

WANG MU, PERLIS, 24 Feb 2014 – Generasi muda adalah aset kepimpinan masa hadapan bagi sesebuah organisasi berskala kecil mahupun besar. Bertitik tolak dari gagasan inilah, Biro Dakwah dan Outreach dan Biro Pemuda memanfaatkan semangat sinergi dengan mengadakan sebuah program khusus untuk kepimpinan muda HALUAN. Bertemakan “Menyubur Iman dan Ukhuwah, Memperteguh Organisasi Dakwah” satu program …

Warga UTeM Masih Peduli Isu Syria

Warga UTeM Masih Peduli Isu Syria

MELAKA, 10 Mac 2014 – Isu umat Islam di Syria yang sudah berlanjutan lebih kurang tiga tahun kian dilupai berikutan pelbagai isu semasa dalam dan luar negara yang dilihat lebih sensasi dan terkini. Namun bagi warga kerja dan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), isu Syria masih diberi perhatian khususnya dengan inisiatif penganjuran ceramah khusus …

Biro HALUANITA Johor Anjur Seminar Muhasabah Cinta

Biro HALUANITA Johor Anjur Seminar Muhasabah Cinta

KOTA TINGGI, 15 Mac 2014 – Biro HALUANITA Johor dengan kerjasama Kolej Profesional Mara (KPM) Bandar Penawar telah menganjurkan seminar Mahligai Impian Siri 1 2014 bertajuk “Muhasabah Cinta” dan bertemakan “Intai Cinta Menuju Jannah” pada 15 Mac di kolej berkenaan di Bandar Penawar. 15 orang ahli HALUANITA telah membantu menjayakan seminar tersebut dengan kerjasama ahli …

Majlis Penyerahan IPTIPs Kepada HALUAN Lancar

Majlis Penyerahan IPTIPs Kepada HALUAN Lancar

KANGAR, 14 Mac 2014 – Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Institusi Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) berjalan dengan lancar dan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Tuan Azlan Man. Majlis yang bersejarah itu telah berlangsung di Dewan Anggerik 3, Hotel Seri Malaysia bermula jam 2.45 petang …

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

BANDAR BARU BANGI, 16 Feb 2014 – Rentetan dari Pasca Misi Kemanusiaan Banjir HALUAN 2013 (MKB13) yang lalu, satu majlis telah dianjurkan bagi meraikan para relawan yang telah memberikan khidmat bakti dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk membuka ruang kepada para relawan yang terlibat secara langsung di dalam …

SUKHAL 2014 DiTangguh

SUKHAL 2014 DiTangguh

BANDAR BARU BANGI, 14 Mac 2014 – Karnival Sukan Nasional HALUAN (SUKHAL) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mac 2014 di Kompleks Sukan German Malaysia Institute (GMI), Bangi telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Menurut Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi HALUAN, Abd Hafidz Hamzah, penangguhan terpaksa dilakukan kerana semakin teruknya masalah jerebu yang sedang melanda negara …