fbpx

TOP Datang Lagi November Ini

TOP Datang Lagi November Ini

TOP Datang Lagi November Ini

BANDAR BARU BANGI, 8 Nov 2015 — Untuk kesekian kalinya Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) akan melaksanakan Transition Orientation Programme (TOP), sebuah program khas untuk graduan muda khusus untuk ahli-ahli HALUAN di bidang perubatan, farmasi dan pergigian.

Program sehari suntuk pada Sabtu 14 November ini akan menampilkan tajuk-tajuk yang sangat relevan untuk para housemen, first year dental officers dan provisional registered pharmacists. Majlis pembukaan akan disusuli dengan ceramah Amilin Berkualiti oleh Prof. Madya Dr Solehuddin Shuib. Dr Basir Towil pula akan menyampaikan tajuk Expectation and Workscope As New Officers manakala Prof Dr Mohd Zamrin Dimon pula akan membentangkan tajuk Sound Financial Planning, memandangkan para peserta sudah mula mengorak langkah hidup bergaji bulanan.

Menurut ketua panitia program, Dr Nur Hidayati Zainal, TOP adalah nama singkatan baru untuk meraikan golongan muda pewaris KKH yang baru memasuki alam perkerjaan.

“KKH mempunyai legasinya yang tersendiri. Kini kami generasi muda memperluaskan lagi skop penyertaan kerana KKH sedari betapa ramainya graduan didikan HALUAN yang semakin membanjiri pasaran kerjaya. Bukan hanya para doktor malahan farmasis dan lain-lain. Dan program kali ini agak ceria kerana kepelbagaian topik-topik yang menarik. Saya syorkan semua ahli HALUAN terbabit agar segera mendaftarkan diri kerana tempat tawaran adalah terhad,” katanya.

Beliau merujuk kepada topik selanjutnya seperti Pengurusan Stres Dalam Membina Hidup Baru oleh Dr Ahmad Zabidin Zakaria, seorang pakar psikaitri, dan Menawan Hati Melalui Komunikasi oleh Dr Farhan Hadi, seorang doktor dan juga pakar perunding motivasi. Selain itu, program sebelah petangnya menjanjikan suasana riuh-rendah dengan forum khas bertajuk DnT.

Para panelisnya akan terdiri daripada Dr Ali Nur Hanis, seorang HO muda; Dr Fauziah Hanafiah, pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang, dan Dr Illiana Syahmun Mohd Razally, seorang pakar perubatan kecemasan. Forum ini bakal menghidangkan peserta dengan degup jantung petugas perubatan dan kesihatan agar anak-anak muda peserta mendapat gambaran lebih jelas dunia kerjaya yang penuh mencabar ini. Mereka juga berpeluang bertanya soalan untuk mendapat perspektif yang lebih meyakinkan.

Yuran dikenakan hanyalah RM20 setiap peserta termasuk makan dan minum. Tempat terhad untuk maksima 60 orang peserta sahaja.

“Saya menggesa adik-adik HO, FYDO dan PRP untuk memasang niat untuk hadir kerana ilmu dan pendedahan ini terlalu penting untuk mereka. Selepas latihan khusus di jabatan entah ke mana pula mereka akan tercampak selepas ini. Jadi kemahiran survival ini sangat penting sebenarnya,” tambah Dr Hidayati lagi yang bakal melanjutkan pelajaran sebagai doktor pakar.

Untuk maklumat lanjut, bakal peserta ahli HALUAN bolehlah berhubung dengan urusetia program, Dr Nurulhuda Sani di talian 019-648 9140.


Laporan oleh Dr Nurul Huda Sani, Kelab Kesihatan HALUAN

>