fbpx

Terima Kasih Kami Atas Kepercayaan Kerajaan P. Pinang

Terima Kasih Kami Atas Kepercayaan Kerajaan P. Pinang

Terima Kasih Kami Atas Kepercayaan Kerajaan P. Pinang

PULAU PINANG, 14 Mac 2019 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyumbangkan sebanyak RM199,680 untuk bantuan kepada rakyat Palestin kepada HALUAN dan sebuah lagi NGO yang istiqamah membantu rakyat Palestin yang tertindas.

Anugerah tersebut bersempena dengan pelancaran Program Semarak Bulan Al-Quran kali ke 10, disempurnakan oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas di Masjid Jamek Sungai Acheh, Seberang Perai.

HALUAN diketuai oleh Timbalan Presiden, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin. Prof Abu Azam telah menerima replika cek berjumlah RM 99,840 bagi pihak HALUAN. Baki selebihnya telah disampaikan kepada NGO MyCare. Turut bersama YDP HALUAN Cawangan Pulau Pinang, Encik Che Ani Hashim.

Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan di masjid seluruh Pulau Pinang. Menurut Ketua Biro HALUAN Palestin cawangan Pulau Pinang, Encik Abdul Halim Khudri, kerajaan negeri melalui JAIPP secara konsisten telah dan terus memberikan sokongan padu kepada HALUAN untuk menjalankan aktiviti-aktiviti membantu rakyat Palestin.

Rombongan HALUAN turut bersuaikenal dengan TKM 1, dan Mufti Negeri Pulau Pinang serta  menerangkan kepada mereka aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan kebajikan HALUAN di dalam dan luar negara.


Laporan Abdul Halim Khudri, HALUAN Pulau Pinang