fbpx

Temubual Majalah I bersama Presiden HALUAN Malaysia

Temubual Majalah I bersama Presiden HALUAN Malaysia

Temubual Majalah I bersama Presiden HALUAN Malaysia

HALUAN: Mendidik dan berkhidmat kepada masyarakat

Penubuhan Kompleks Pendidikan Haluan Penyayang ini selaras dengan motto pertubuhan ini iaitu “Mendidik dan Berbakti”


Oleh ZULINA HASSAN (Wartawan Majalah I )
Foto MOHD KHAIRY

Rumah anak-anak yatim dan tempat-tempat perlindungan untuk insan yang memerlukan boleh dilihat di merata tempat di tanah air kita pada hari ini. Walaupun umumnya gaya hidup masyarakat sudah jauh berbeza berbanding masyarakat dahulu yang hidup tolong menolong dan bantu membantu, tetapi hakikatnya masih ramai rakyat negara ini yang cukup prihatin dengan nasib yang menimpa orang lain terutamanya orang yang tidak bernasib baik.

Selain rumah anak-anak yatim dan yang seumpamanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga semakin banyak di negara ini, dengan pelbagai bentuk aktiviti yang bertujuan memberi khidmat kepada orang yang memerlukan. Antara NGO yang agak sudah lama bertapak ialah HALUAN – sebuah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada 1988 untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan kepada setiap lapisan masyarakat.

Antara usaha murni HALUAN yang dapat dilihat ialah penubuhan Kompleks Pendidikan HALUAN Penyayang. Kompeks ini merupakan sebuah pusat pendidikan dan penginapan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin yag terletak di sekitar Shah Alam. Pada masa ini, seramai 11 orang anak yatim yang menghuni kompleks ini diberi segala keperluan asas, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan agar mereka mampu berdikari, menjadi insan yang memiliki jati diri yang boleh dicontohi oleh orang-orang yang senasib dengan mereka.

Kompleks ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang diwakafkan oleh individu yang prihatin dan penyayang. Walau bagaimanapun, bagi menampung kos-kos pengurusan bangunan dan aktiviti-aktiviti pelajar, ia masih bergantung kepada sumbangan masyarakat.

Berilmu dan berakhlak

Penubuhan Kompleks Pendidikan HALUAN Penyayang ini selaras dengan motto pertubuhan ini iaitu ”mendidik dan berbakti”. Menurut Prof Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman selaku presiden HALUAN apabila mengulas motto ini menyatakan, pembentukan peribadi berasaskan ilmu yang membentuk akhlak inilah yang dijadikan cita-cita dalam perjuangan HALUAN. Individu yang berilmu dan berakhlak ini pula tidak bersendirian, sebaliknya berusaha memberi khidmatnya kepada orang lain . akhirnya lahirlah satu jenerasi yang bagus, yang dapat berkhidmat kepada orang lain dan seterusnya melahirkan pula generasi bagus selepasnya.

Menurut Dr Abdullah, orang yang bagus hanya untuk keluarganya saja ia tidak ada makna kepada masyarakat. Bahkan, kadangkala keluarganya juga tidak mendapat manfaat atas kebagusan yang dimilikinya. ”Kita perlu melahirkan satu generasi yang idea seperti ini , iaitu melahirkan insan-insan yang bagus dan membaguskan orang lain sehingga membentuk satu mata rantai yang ’bagus dan membaguskan’ dengan meluas sehingga masyarakat kita membesar dalam bentuk yang membangun” ujar beliau, mengakui usaha yang dilakukan bukanlah kerja mudah.

Tambah Dr. Abdullah, pembangunan berteraskan akhlak ini akan dapat mambantu mengurangkan masalah sosial. Bagi tujuan ini, ahli-ahli ditekankan agar berkerja tanpa apa kepentingan peribadi yang boleh menggangu keikhlasan dalam bekerja.

Kalau kita bekerja kerana ada kepentingan peribadi, kerja-kerja itu tidak akan berkat, sebaliknya menimbulkan pelbagai masalah. Pekara ini yang sering saya tekankan kepda ahli semasa bermesyuarat. kerja-kerja yang dilakukan ini tidak habis di sini saja, tapi akan dinilai di akhirat kelak”.

Selain menguruskan Kompleks Pendidikan HALUAN Penyayang, HALUAN juga turut bergerak di seluruh negara. Antara aktiviti yang dilakukan termasuk:

  • membantu golongan yang terbiar dan tertindas,
  • memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat Orang Asli,
  • memberi bantuan kecemasan akibat bencana,
  • mengadakan program motivasi pelajar, aktiviti kesedaran dan pendidikan masyarakat,
  • memberi khidmat nasihat dan bantuan kesihatan,
  • memberi khidmat kaunseling dan guaman, dan
  • mengadakan program pengukuhan profesional dan ushawan.

Projek-projek khas pula meliputi:
Kompleks Pendidikan HALUAN Penyayang (KHP), Rumah Ikhsan HALUAN di Ipoh yang dihuni oleh mereka yang dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hospital Besar Ipoh, JAIP dan lain-lain badan., HALUAN Charity Shop yang merupakan pusat pengumpulan dan jualan barangan terpakai, Gabungan Anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) yang merupakan gabungan beberapa buah institusi asrama anak yatim, mengelola majalah Remaja HALUAN, menjalankan projek ”meniti Jalan Ke Al Aqsa” dengan mengadakan ceramah dan penerbitan risalah untuk memberi kesedaran dan penyampaian fakta semasa kapada masyarakat tentang masalah Palestin.

Bagi bantuan kecemasan akibat bencana, HALUAN turut menghulurkan bantuan keluar nagara seperti membantu mangsa-mangsa tragedi tsunami di Aceh dan Sri Langka, serta membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Pakistan dan Yogyakarta. Bantuan yang diberi termasuk bantuan perubatan, pendidikan , kaunseling, dan pembangunan semula masyarakat.

Bagi merealisasikan motto ”mendidik dan berbakti” Dr. Abdullah menyeru agar lebih ramai individu yang tampil memberi khidmat bakti mereka dengan menyertai pelbagai NGO yang ada. Dalam hal ini, kita harus mencontohi masyarakat di nagara maju yang mana kerja-kerja kabajikan sudah sebati dalam diri mereka.

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Intitusi Pengajian Tinggi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ia merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi.

Pada peringkat awal penubuhan, aktiviti HALUAN hanya terbatas kepada usaha-usaha kebajikan untuk manfaat ahli-ahli. Di peringkat ini, aktiviti-aktiviti HALUAN tertumpu kepada program-progam seminar dan kaunseling pelajar dan remaja, pendidikan keluarga, kursus-kursus berkaitan ekonomi dan keushawanan, dan juga kem-kem motivasi dan pengususan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut juga melibatkan masyarakat umum bukan dari kalangan ahli, ianya agak terbatas.

Sejak tahun 2002, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan mereka terbentuk baik, HALUAN mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-aktivis HALUAN turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, terbiar, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi relawan bersama HALUAN dengan usaha yang kemas dan tersusun.

Aspirasi- Mendidik dan berbakti
Sebagai perkumpulan graduan yang prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tangungjawab asas kemanusian, di samping menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Oleh itu ahli aktivis HALUAN bersandar kepada motto mereka ”mendidik dan berbakti” secara umumnya objektif kepda aktiviti-aktiviti HALUAN adalah:

  1. membantu kerajaan menangani masalah sosio ekonomi terutama aspek pembinaan keluarga bahagia, penyelesaian konflik keluaga dan remaja, saran keluarga tunggal, miskin dan anak yatim.
  2. mengekalkan semangat dan sifat prihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan keutuhan masyarakat.
  3. menjadi bahan perantara penderma dan penerima derma.

Pada masa ini, HALUAN memberi lebih tumpuan kepada isu Palestin dengan mengadakan latihan TOT (Training of Trainee) iaitu memberi latihan kepada sukarelawan yang berminat mengadakan ceramah tentang isu ini, disamping turut menghantar bantuan kewangan.