fbpx

Tayangan Filem Perdana Pertama di Gaza

Tayangan Filem Perdana Pertama di Gaza

Gaza buat pertama kalinya melancarkan pertunjukan Tayangan Filem Perdana untuk tontonan para penduduk Gaza. Menurut Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hamad, ”Kami cuba melakukan kegiatan seni melalui filem yang berkualiti lagi Islamik dengan mengetengahkan isu perjuangan tanpa ada unsur-unsur provokasi dan adegan seksual.” Beliau berkata demikian setelah menyaksikan tayangan perdana filem tersebut di Universiti Gaza. Pertunjukan perdana tayangan filem di Gaza telah menarik minat ramai warga Gaza untuk menonton, dengan bintang filemnya adalah warga tempatan. Suasana semakin hangat apabila diadakan juga sesi berfotografi bersama para pelakon, suasana Gaza hampir mirip dengan aksi kemuncak tayangan perdana filem-filem di Hollywood. Industri perfileman di Gaza mulai tumbuh, namun dengan kawalan dan seliaan yang ketat oleh pemerintah di Gaza. Filem perdana yang ditayangkan adalah sebuah filem yang didedikasikan terhadap para pimpinan pejuang Palestin yang telah syahid, dengan kos pembiayaan sekitar 200,000 dolar. Filem perdana yang ditayangkan di Gaza menceritakan tentang Imaq Aqil, salah seorang komander Briged Al-Qassam yang telah syahid dalam sebuah serangan udara pesawat tentera Zionis Israel di Gaza pada tahun 1993. Aqil yang pada saat itu baru berumur 23 tahun, lebih dikenal sebagai “hantu” atas kepintarannya dalam menyamar. Pada awal tahun 90-an dirinya menjadi orang yang paling dicari oleh Zionis Israel atas keterlibatannya dalam satu pembunuhan 11 tentera Israel. Dalam filem yang yang mengambil masa 2 jam yang berjudul “Imad Aqil” ini penuh dengan adegan aksi layaknya seperti filem-filem buatan Hollywood. Pahlawan ini dengan gayanya keluar dari jendela kenderaan kemudian menembaki tentera-tentera Israel, setiap ada tembakan yang diarahkan ke pasukan Israel para penonton berteriak takbir dan memberikan sorakan. Tidak ada adegan percintaan dalam filem ini, dan seluruh penonton wanitanya mengenakan jilbab yang tertutup rapi. Hamad dan Zahar merancang akan membuat filem tentang seorang pejuang lagenda Palestin, Syaikh Izzuddin Al-Qassam, tetapi sehingga saat ini mereka belum memiliki lokasi yang tepat untuk pembuatan filem tersebut, berkaitan dengan tempat tinggal pahlawan tersebut pada tahun 1920 an di kota Haifa yang sekarang telah menjadi sebahagian dari negara zionis Israel. Zahar mengatakan bahawa membuat filem perjuangan seperti ini hanya salah satu cara lain untuk membangkitkan semangat rakyat Palestin untuk melawan Israel. “Perjuangan boleh ditampilkan melalui kata-kata, sebuah puisi dan lainnya,” katanya lagi. (fq/sunsentinel)