fbpx

Tagupi Membaca – Harapan Anak-anak Tidak Bernegara

Tagupi Membaca – Harapan Anak-anak Tidak Bernegara

Tagupi Membaca – Harapan Anak-anak Tidak Bernegara

TAGUPI, SABAH 17 Sep 2019 — Menjejaki komuniti terpencil di Kampung Tagupi Laut, Mukim Tambisan, Lahad Datu, Sabah, yang dahagakan pendidikan.

Bagi anak-anak Tagupi Laut yang rata-ratanya tiada dokumen diri, harapan untuk ke sekolah hanyalah sekadar impian. Hidup dalam serba kekurangan, dengan purata pendapatan keluarga hanya sekitar RM200 sebulan, membuatkan penduduk lebih mengutamakan keperluan asasi untuk menyediakan hidangan keluarga daripada berbelanja untuk ke bandar bagi menguruskan soal dokumentasi.

“Makan pun susah, orang sini sebenarnya tiada IC. Mau pergi bandar pun pakai duit. Nak ulang alik sudah berapa kosnya. Sedangkan makan tidak cukup..,” ujar Puan Siti Norhaibah Amar, 50.

Ini hanya satu rantaian masalah yang memberi kesan dominan sehingga sedar tidak sedar, jumlah anak-anak yang tidak mempunyai dokumen sebagai warga sesebuah negara yang juga dipanggil tidak bernegara (stateless) semakin bertambah jumlahnya dari sehari ke sehari.

“Sebenarnya cara yang terbaik hanyalah melalui pendidikan. Setiap anak, setiap warganegara perlu ditekankan dengan asas pendidikan supaya mereka mengetahui hak-hak mereka,” jelas En Lajulliadi Lajahidi, Ketua Penyelaras PPMI Sabah.

Oleh itu, HALUAN telah menubuhkan Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI). PPMI berkonsepkan sebuah pusat aktiviti komuniti yang ditubuhkan dan dibina oleh komuniti serta dioperasikan oleh ahli komuniti dengan bimbingan daripada NGO HALUAN dan penglibatan badan serta agensi kerajaan.

Proses pendidikan tidak boleh dibataskan dengan kemudahan yang canggih dan mewah. Walaupun pusat ini serba kekurangan, bangunan yang daif tanpa dinding, tiada uniform mahupun alat bantu mengajar, semua itu bukanlah halangan untuk proses pembelajaran berlaku. Namun, semangat yang ditunjukkan anak-anak ini untuk menimba ilmu di sekolah dapat kita saksikan tidak luntur dan tidak pernah pudar.

Dalam proses keterbatasan pihak kerajaan menyantuni kumpulan terpinggir dan anak-anak tercicir ini, hasil sumbangan masyarakat prihatin telah menambah baik proses pembelajaran di PPMI.

“Sebenarnya saya cukup terharu dengan pengorbanan dan keikhlasan guru-guru serta sukarelawan yang terlibat dalam mengoperasikan sekolah ini. Mereka ini adalah anak-anak tempatan yang ada pendidikan, di peringkat awal mereka ini mengajar secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan dan bayaran,” jelas Encik Surail Abdul Kahar, Pengurus PPMI Sabah.

Anda boleh bersama HALUAN membantu mereka menaja guru-guru, bantuan pengurusan dan logistik, latihan kemahiran guru, tajaan yatim dan fakir miskin serta sumbangan alat bantu mengajar.

Salurkan sumbangan anda secara online melalui pautan di bawah:-

Pusat Pembangunan Minda Insan Sabah

RM67,407 of RM350,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00 One Time