fbpx

Posts Tagged: Palestin

JAWI Prihatin Palestin

JAWI Prihatin Palestin

KUALA LUMPUR, 14 Dis 2015 — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memilih HALUAN sebagai salah sebuah NGO penerima sumbangan untuk Palestin dalam satu majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut di sini pada 14 Disember yang lepas. Sumbangan disampaikan oleh pengarahnya, Encik Paimuzi Yahya hasil kempen kutipan dana Palestin sebanyak dua kali solat Jumaat dalam …

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

LUBNAN, 24 Nov 2015 — 100 anak yatim Palestin dan Syria yang menumpang hidup di Kem Pelarian Ein al-Hilweh di Lubnan menerima sumbangan tajaan sara hidup mereka bagi bulan November 2015, dengan penuh rasa syukur dan terima kasih. Program tajaan sara hidup US$50 setiap orang bagi anak-anak yatim Palestin dan Syria yang dilancarkan secara kerjasama …

Susuli Perhimpunan Dengan Semangat Al-Aqsa

Susuli Perhimpunan Dengan Semangat Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 2 Okt 2015 — Perhimpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa yang dijayakan melalui kerjasama dan muafakat hampir 50 badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik tanah air hari ini telah berjaya menyuntik semangat kepada para peserta, terutamanya di kalangan pemuda serta penuntut institusi pengajian tinggi, untuk membantu perjuangan Palestin. Pemidato HALUAN dalam perhimpunan tersebut, Mohd …

Rakyat Malaysia Bersatu Bantah Serangan Zionis Ke Atas Al-Aqsa

Rakyat Malaysia Bersatu Bantah Serangan Zionis Ke Atas Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 30 Sep 2015 — HALUAN bersama gabungan lebih 40 buah NGO Malaysia akan mengadakan satu perhimpunan aman bagi menyatakan bantahan terhadap penodaan rejim Zionis yang semakin memuncak ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Perhimpunan Selamatkan Al-Quds itu akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat pada 2 Oktober …

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

HALUAN Sasar RM3 Juta Bantuan Kecemasan Palestin

BANDAR BARU BANGI, 11 Julai 2014 — HALUAN melancarkan Kempen Kecemasan Palestin bagi mengajak masyarakat Malaysia bersatu membantu penduduk Palestin khususnya di Gaza yang sedang diserang oleh rejim Zionis. Dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat HALUAN di sini, Naib Presiden 2 HALUAN, Sr Mohd Sabbri Md Yudin, menyebut bahawa kempen selama sebulan setengah …

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

HALUAN Hulur Bantuan Kecemasan Pertama ke Palestin

BANDAR BARU BANGI, 12 Julai 2014 — Serangan tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza masih sengit dan berterusan. Sehingga artikel ini ditulis, sekurang-kurangnya 21 orang awam lagi terkorban dalam serangan yang menyasarkan rumah dan masjid, iaitu angka korban yang paling besar dalam tempoh sehari sejak bermulanya serangan petang Isnin 7 Julai lalu. Korban keseluruhan …

Tun Ahmad Sarji Sertai “Komitmenku Buat Palestin”

Tun Ahmad Sarji Sertai “Komitmenku Buat Palestin”

JPMPT IntroNILAI, 2 Mei 2014 — Seiring dengan kesedaran dan penglibatan masyarakat yang semakin meningkat dalam permasalahan Palestin, HALUAN melalui Biro HALUAN Palestin telah melancarkan projek “Komitmenku Buat Palestin” sebagai langkah memangkinkan komitmen mereka membela nasib rakyat Palestin yang tertindas di bumi sendiri. Turut terpanggil menyemarakkan projek ini adalah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun …

Bekalan Air – Senjata Zalim Zionis Yang Ingin Terus Disorok

Bekalan Air – Senjata Zalim Zionis Yang Ingin Terus Disorok

water-01BANDAR BARU BANGI, 17 Feb 2014 — Presiden Parlimen Eropah, Martin Schulz, menggemparkan Knesset pada minggu lalu apabila beliau menyoal barisan pemimpin Zionis di situ samada mereka mengotakan perjanjian bekalan air dengan penduduk Palestin. Apa yang diucapkan oleh Schulz, “Ketika saya di Ramallah awal minggu ini, seorang pemuda Palestin bertanya kenapa seorang Yahudi boleh menggunakan …

4,800 Rakyat Palestin Di Penjara Zionis

4,800 Rakyat Palestin Di Penjara Zionis

prisoner-01BANDAR BARU BANGI, 5 Feb 2014 — Rejim Zionis masih menahan seramai 4,800 rakyat Palestin di 17 buah penjara dan pusat-pusat tahanan dan interogasi. Ketua Jabatan Bancian di Kementerian Tahanan Palestin di Ramallah, Abdul-Nasser Ferwana, dalam kenyataan beliau di Tebing Barat Selasa lalu menyebut bahawa seramai 11,034 orang rakyat Palestin termasuk 2,500 kanak-kanak telah dipenjarakan …

HALUAN Lancar Kempen Komitmenku Buat Palestin

HALUAN Lancar Kempen Komitmenku Buat Palestin

komit-01RAWANG, 30 Dis 2013 — Penduduk Gaza yang kini berjumlah 1.8 juta orang masih hidup di bawah sekatan haram rejim Zionis yang berterusan sejak lebih tujuh tahun lalu. Keperluan asas amat sukar untuk diperolehi, termasuklah ubat-ubatan dan bekalan minyak. Bencana banjir yang melanda beberapa minggu lalu menambahkan lagi tekanan kepada rakyat Gaza. Malahan tentera Zionis …