fbpx

Posts Tagged: Kongsi Ilmu

Siapa Orang Yang Cerdik?

Siapa Orang Yang Cerdik?

Kehidupan di dunia bukan tempat untuknya mencari keseronokan semata-mata, bersuka ria atau tempat yang boleh melalaikannya. عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَادٍ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: َاْلكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَاْلعَاجِزُ مَنْ اَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلىَ اللهِ الْأَمَانِي رواه الترمذي Daripada Abi Ya’la Syaddad …

Aku Adalah Anak Palestina

Aku Adalah Anak Palestina

Assalamu’alaikum, Namaku Fathi, dan aku adalah anak Palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur …

Di perantauan

Di perantauan

Pejam celik pejam celik, 2hb 6 2009 sudah berlalu pergi. “Oh, dah 9 bulan?” Saya tertanya sendiri. Bulan Jun 2009 ini, merupakan bulan ke-10 saya berada di Jordan, selepas bertolak meninggalkan Malaysia pada 2hb 9 2008. Rasa sebentar sahaja. Semuanya berjalan dengan pantas. Hari ini, saya amat-amat faham kenapa ALLAH SWT bersumpah dengan masa atas …

Mendidik anak dalam masyarakat sekular di Glasgow

Mendidik anak dalam masyarakat sekular di Glasgow

Berbeza dari Malaysia, sesi persekolahan di Scotland bermula pada Ogos setiap tahun. Secara ringkasnya, sistem pendidikan formal di sini bermula ketika kanak-kanak berumur 5 tahun untuk tahun 1 dan tamat sehingga tahun 7 iaitu ketika berumur 12 tahun. Walau bagaimana pun persekolahan sebenarnya telah bermula dari umur 3 tahun lagi iaitu di tadika. Memandangkan cukai …

Mendidik dan Berbakti di Ceruk Cranfield

Mendidik dan Berbakti di Ceruk Cranfield

Kedinginan bumi UK hampir aku lupa. Jika sepuluh tahun dulu aku berazam tidak lagi menjejakkan kaki di bumi ini kerana cuaca sejuknya yang aku tak tahan. Tapi penyusunan Allah SWT mengatasi segala-galanya bila mana aku kembali semula ke UK. Kalau dulunya aku bujang, kini aku sudah beristeri. Kalau dulunya aku tak punya cahayamata, kini aku …

Solat sebagai penilaian dakwah

Solat sebagai penilaian dakwah

Assalamualaikum. Ketika saya dipelawa untuk menulis dalam ruangan ini, moderator web Haluan mencadangkan agar saya menulis berkenaan apa sahaja dan jika boleh biarlah berkaitan dengan tempat saya. Mulanya saya agak penasaran untuk memilih fokus yang menepati kehendak penulisan dan juga keinginan web Haluan. Setelah saya berfikir agak lama saya ingin menyentuh berkaitan kehidupan siswa kini …

Islam, Masyarakat Islam dan Masjid Al-Farooq di Glasgow

Islam, Masyarakat Islam dan Masjid Al-Farooq di Glasgow

Seperti yang di janjikan di dalam artikel yang lepas, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai Islam dan umat Islam di Scotland melalui pengamatan aktiviti-aktiviti di masjid Al-Farooq, Glasgow. Dengan masa dan ruang yang terhad di samping kekurangan yang ada pada diri sendiri, adalah sukar untuk menerangkan dengan terperinci atau menyeluruh isu-isu masyarakat Islam dan …

Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris?

Isu penggunaan bahasa Inggeris bukan sahaja berlaku di negara kita, bahkan juga kepada masyarakat Islam di Scotland. Baru-baru ini di lontarkan cadangan supaya khutbah jumaat dibaca di dalam bahasa Ingeris untuk memastikan keberkesanan penyampaian maklumat kepada generasi muda keturunan Pakistan yang tidak dapat bertutur dan memahami bahasa Urdu, juga kepada saudara baru berbangsa Scot dan …

Dan saya berlari di sekelilingnya

Dan saya berlari di sekelilingnya

Masuk bulan Julai. Saya sedang menjalani fasal soifi, atau dalam bahasa Melayunya – Musim Panas – di Jordan ini. Musim panas, pelajar University of Yarmouk diberi dua pilihan. Iaitu hendak mengkuti kelas semester pendek, atau tidak mahu mengikuti kelas. Namun, untuk orang sikit duit, dan rasa ingin habis belajar cepat macam saya, maka mengikuti kelas …

Peperiksaan yang belum bertarikh

Peperiksaan yang belum bertarikh

Tulisan ini ditujukan kepada semua yang sedang berhadapan dengan peperiksaan, moga ada manfaatnya. Dari Australia ke Malaysia hinggalah ke UK dan Jordan, ramainya mereka yang saya kenali menghadapi peperiksaan. Saya doakan agar semua yang menghadapi apa jua peperiksaan akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Terfikir saya untuk membuat sedikit catatan tentang peperiksaan yang begitu besar pengaruhnya …