fbpx

Posts Tagged: KHF

Keriangan dan Kreativiti Terpancar di JDK

Keriangan dan Kreativiti Terpancar di JDK

mamoo-01KUALA KANGSAR, 2 Jan 2014 – Tidak kering gusi dibuatnya dek gelagat anak-anak remaja semasa sesi pertandingan latihan dalam kumpulan (LDK) slot Kelab HALUAN Fitrah (HALUAN Fitrah) bersempena kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2013/14 yang berjalan serentak di lima buah negeri. Kursus tersebut berlangsung daripada 14 Disember lepas sehingga 4 Januari 2014 bertujuan mengasah …

Paramedik HALUAN Mantapkan Gerak Kerja

Paramedik HALUAN Mantapkan Gerak Kerja

para-01KUALA KANGSAR, 29 Dis 2013 – Gabungan wargakerja pelbagai bidang sains kesihatan di dalam HALUAN telah mengorak langkah untuk memantapkan perancangan mereka demi memperkokohkan barisan Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dalam suatu mesyuarat khas yang diadakan di sini pada Disember 28 yang lalu. Gabungan yang terdiri daripada tidak kurang 20 jenis profesion berbeza itu berazam menyusun …

HALUAN Fitrah Dedahkan Bahaya Syiah

HALUAN Fitrah Dedahkan Bahaya Syiah

khf-01KUALA TERENGGANU, 24 Dis 2013 – Serangan bahaya daripada aliran kefahaman Syiah menjadi antara topik menarik dalam kursus tiga minggu Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2013 di sini apabila Kelab HALUAN Fitrah (HALUAN Fitrah) mengambil peranannya selama sehari setengah mulai 23 Disember. Kem JDK Zon Timur ini merupakan kem yang pertama dilawati oleh pasukan lima …

HALUAN Fitrah Persiap Jentera Dakwah

HALUAN Fitrah Persiap Jentera Dakwah

fcr-01BANDAR BARU BANGI, 9 Dis 2013 – Kelab HALUAN Fitrah (HALUAN Fitrah) mengambil langkah berani melatih seramai 80 orang ahli HALUAN dalam seni dakwah perbandingan agama demi mempersiapkan barisan pendakwahnya yang akan melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah rentas-agama di seluruh negara. Kumpulan pertama peserta yang datangnya dari seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak tersebut telah menyertai kursus …

HALUAN Fitrah Gesa Tangani Mualaf Secara Intrinsik

HALUAN Fitrah Gesa Tangani Mualaf Secara Intrinsik

NILAI, 8 Sept 2013 — Setiap kelompok sasaran dakwah baik mualaf atau non-Muslim perlu ditangani secara intrinsik kerana setiap kelompok berkenaan ada keunikannya tersendiri. Para da’ie yang ingin membantu membawa mereka kepada kehidupan Islam perlulah memahami aspek-aspek kebudayaan etnik dan keagamaan asal mereka. Aspek-aspek tarbiyah ruhiyah sangat penting dititikberatkan kepada mereka dan disampaikan dengan kaedah …

Pihak Berkuasa Agama dan NGO Perlu Bergandingan

Pihak Berkuasa Agama dan NGO Perlu Bergandingan

NILAI, 8 Sept 2013 — Masanya sudah tiba untuk diwujudkan gandingan lebih serius dan bersifat kekal berjangka panjang di antara JAKIM, Majlis Agama Islam negeri-negeri, Jabatan-Jabatan agama, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, dengan NGO-NGO yang berdakwah di lapangan. Pengerusi Kelab Fitrah HALUAN (HALUAN Fitrah), Dr Jamaluddin James Laeng Abdullah berkata usaha bersepadu dengan koordinasi yang baik …

KHF Selangor Santuni Ibu Tunggal di Taska

KHF Selangor Santuni Ibu Tunggal di Taska

SUBANG JAYA, 10 Mac 2013 – Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Kelab HALUAN Fitrah (KHF) cawangan Selangor telah bergandingan dengan PERKIM cawangan USJ-Subang Jaya untuk membantu seorang ibu tunggal beranak tiga membaiki serta mengecat rumah teres yang dijadikan taman asuhan kanak-kanak. Pengelola taska Bintang Hati di USJ4 tersebut, Puan Rasyidah Abd Razak, terpaksa mengharungi …

Prejudis Perlu Dikikis

Prejudis Perlu Dikikis

PUTRAJAYA, 24 Dis 2012 – Muslimin-muslimat digesa membuang sikap prejudis yang menebal serta perlu mula berkawan dengan kaum India beragama Hindu untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Kaum itu tidak mendapat gambaran sebenar mengenai Islam maka perlulah orang Melayu Islam mengambil peluang mendekati mereka secara berhikmah. Itu adalah beberapa kesimpulan yang dibuat semasa forum Jom Cerita …

Urusetia Forum “Jom Cerita Islam” Lawati Masjid Putra

Urusetia Forum “Jom Cerita Islam” Lawati Masjid Putra

PUTRAJAYA, 12 Dis 2012 — Kumpulan urusetia Forum “Jom Cerita Islam Kepada India Malaysia” telahpun melakukan kunjungan hormat serta bermesyuarat dengan pihak pengurusan Masjis Putra, Putrajaya semalam, selaku tuan rumah forum berkenaan. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengurus Majlis forum iaitu Encik Wan Rafi Wan Husin yang juga merupakan Naib Pengerusi Kelab HALUAN Fitrah (HALUAN Fitrah) …

Jom Sertai Forum Ceritakan Islam Kepada Rakan India Malaysia

Jom Sertai Forum Ceritakan Islam Kepada Rakan India Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Nov 2012 — Seramai 300 peserta dijangka akan menyertai suatu forum khas “Jom Cerita Islam Kepada India Malaysia” yang dianjurkan bersama oleh HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 23 Disember nanti di auditorium utama Masjid Putra, Putrajaya. Majlis separuh hari bermula pukul 8.00 pagi tersebut akan mengumpulkan umat Islam …