fbpx

Posts Tagged: Education Supports

KKH Bantu Bakal Doktor Hadapi Peperiksaan Akhir

KKH Bantu Bakal Doktor Hadapi Peperiksaan Akhir

2 Jun 2013 – Berhadapan dengan peperiksaan di tahun akhir lazimnya membawa tekanan dan debaran kepada para pelajar. Persiapan awal dan ulangkaji secara berkumpulan di saat akhir akan dapat meredakan perasaan gementar dan membantu mereka membuat persiapan dengan lebih yakin. Sebagai langkah membantu para pelajar dari kalangan ahli-ahli Health Sciences (HS2) membuat persiapan menghadapi peperiksaan …

Pewaris 8 Mencorak Harapan Ummah

Pewaris 8 Mencorak Harapan Ummah

PASIR PUTEH, 13 Feb 2013 – Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PEWARIS 8 ) telah berlangsung dengan jayanya pada 10-12hb Februari 2013 di sini, anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH). Perkhemahan di D’Muara Chalet, Tok Bali, Kelantan ini telah dihadiri 139 orang wakil pimpinan remaja dari setiap negeri. Tema yang dibawa oleh PeWARIS 8 kali ini …

SUPER ’12 Membina Usahawan Holistik

SUPER ’12 Membina Usahawan Holistik

MELAKA, 28 Dis 2012 – “Seminar Usahawan, Profesional dan Koperasi 2012” (SUPER’12) yang berlangsung di Hotel Permaisuri MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini telah dihadiri hampir 110 orang peserta daripada kalangan usahawan, profesional dan wakil-wakil koperasi seluruh negara. Seminar ini dikendalikan bersama secara bersepadu terdiri daripada Biro Ekonomi HALUAN Malaysia (BeKN), Biro Profesional (BP), Kelab …

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2012 – JDK atau popularnya program Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja kini tiba lagi untuk kali ke-empatnya. Program khas tiga minggu berkampung ini sudah menjadi sangat popular di kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di masa lepas sehinggakan HALUAN Malaysia terpaksa melaksanakannya di tiga zon berasingan demi memenuhi permintaan yang …

Kem Smart Tahfiz Lahirkan Huffaz Pintar

Kem Smart Tahfiz Lahirkan Huffaz Pintar

PERMATANG PAUH, 2 Dis 2012 – Seramai 50 orang peserta selesai menjayakan Kem Smart Tahfiz Imitiaz yang berlangsung selama 10 hari di Sekolah Menengah Agama Ibrah (SMA Ibrah), Kampung Tanjung Putus di sini semalam. Pengarah Program yang juga Pengerusi PIBG SMA Ibrah, Rozaini Kassim berkata tujuan kem ini adalah untuk memupuk tabiat cintakan al-Quran dan …

Kem IBROH Sediakan Pendidikan Anak-Anak Yang Seimbang

Kem IBROH Sediakan Pendidikan Anak-Anak Yang Seimbang

SIMPANG RENGGAM, JOHOR, 14 Oktober 2012 – Kesungguhan Biro Pemuda HALUAN Cawangan Johor dalam mendampingi kanak-kanak dan remaja terserlah dalam Kem Ibadah Bestari Anak Soleh Siri 1 (IBROH 1) yang telah diadakan di Masjid Jamek As-Sobirin Kampung Sahari di sini. Program sepanjang hari yang disertai oleh 16 orang kanak-kanak lelaki berumur dari 10 hingga 13 …

Pemuda HALUAN Tingkat Kemahiran Mengurus Acara

Pemuda HALUAN Tingkat Kemahiran Mengurus Acara

SHAH ALAM, 14 Oktober 2012 — Sesuatu aktiviti yang dirancang dan diurus dengan cekap akan membuahkan hasil yang dihajati. Sebaliknya aktiviti yang dilakukan tanpa perancangan rapi dan kerjasama yang erat sering mengecewakan penganjurnya. Menyedari pentingnya kemahiran mengurus aktiviti, Biro Pemuda HALUAN telah menganjurkan bengkel Pengurusan Acara (Event Management) di Dewan Anjung Ilmu, Jalan Kebun, di …

Memperkasakan bekalan menempuh cabaran alam kerjaya di HAK ’12

Memperkasakan bekalan menempuh cabaran alam kerjaya di HAK ’12

SHAH ALAM, 8 Julai – Menyedari keperluan persediaan para pendakwah muda selepas alam kampus terutamanya transformasi ke alam kerjaya dan alam rumahtangga, seramai 56 orang peserta terdiri daripada penuntut tahun akhir dan graduan yang baru memasuki alam kerjaya telah menyertai program Hijrah Alam Kerjaya 2012 (HAK’12) pada 7 hingga 8 Julai yang lalu bertempat di …

Latih Anak Berdikari

Latih Anak Berdikari

Mendidik anak agar dapat berdikari sememangnya menelan jangka waktu yang agak lama. Kita perlulah mematangkan mereka dengan suasana yang baik dan peranan diri kita sendiri. Kita cukup menyedari, betapa pentingnya anak-anak berdiri di atas kakinya sendiri. Matang dalam bertindak dan menimbang baik buruk sesuatu perkara. Tahan lasak apabila diuji dengan dugaan hidup. Dan tentu kita …

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

Anak-Anak Gaza Perlukan Sekolah

JABALIYA, GAZA Apr 28, 2012 – Nasib 135 kanak-kanak tadika miskin di daerah ini pudar menjelang awal tahun 2013 nanti bila mereka sudah cukup umur untuk ke darjah satu kerana sekolah rendah sudahpun ditutup. Penutupan disebabkan dana tidak mencukupi untuk mengurus serta pendapatan ibubapa yang rendah sehingga tidak mampu untuk membayar yuran. Akibatnya gaji guru …