fbpx

Posts Tagged: Dakwah & Outreach

Sukses Fasa 1: Relawan Tani HALUAN Lancar Fasa 2 Untuk Orang Asli Air Banun

Sukses Fasa 1: Relawan Tani HALUAN Lancar Fasa 2 Untuk Orang Asli Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 20 Okt 2019 – Sekali lagi seramai 10 orang sukarelawan HALUAN cawangan Pulau Pinang turun berbakti menjayakan projek sosio-ekonomi pertanian penduduk orang asli Kampung Air Banun di sini semalam. Pasukan kali ini yang diketuai oleh Cikgu Idris Ahmad telah bergotong-royong bersama penduduk kampung membersih dan membesarkan tapak pertanian berkenaan dalam Fasa Kedua. …

BHF Lancar Bengkel Interpersonal Dakwah Kepada NYMs

BHF Lancar Bengkel Interpersonal Dakwah Kepada NYMs

BANDAR BARU BANGI, 14 Sep 2019 – Biro HALUAN Fitrah (BHF) telah menganjurkan  Bengkel Interpersonal Dakwah kepada Not Yet Muslims (NYMs) di sini bertujuan melatih sukarelawannya kaedah berinteraksi secara efektif dan spontan dalam berkongsi Islam. Seramai 30 orang peserta telah perolehi manfaat daripada bengkel yang dilaksanakan di  Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur. Program bermula …

HALUAN Perkasa Institusi Keluarga Muslim

HALUAN Perkasa Institusi Keluarga Muslim

KEPALA BATAS, BUTTERWORTH, 30 Jun 2019 — Rumah tangga muslim merupakan institusi kekeluargaan yang penting dalam aspek pembangunan dan keharmonian masyarakat. Peranannya tidak boleh diabaikan apatah lagi, ia menjadi tonggak utama kepada kekuatan pelaksanaan kerja-kerja dakwah dan tarbiah melalui medan kesukarelawanan ini. Memahami keutamaan hal ini, HALUAN melalui Biro Kebajikan HALUAN telah melancarkan road show …

DKM 02: Merungkai Kelu di Bibirmu

DKM 02: Merungkai Kelu di Bibirmu

BANDAR BARU BANGI, 25 Mei, 2019  — Anda sedang menanti tren di stesen LRT. Datang seorang jejaka tampan berciri Eropah berkemeja putih lengan panjang menggalas backpack menyapa anda dan bertanya seolah-olah hendak tahu. Bolehkah anda menjawab soalan daripada misionari ini? Sebagai muslim, apakah penyelamat kamu bila mati nanti? Agama kamu jaminkah kamu masuk syurga? Habis …

“Jesus Dalam Bible” Sabtu Ini

“Jesus Dalam Bible” Sabtu Ini

BANDAR BARU BANGI, 18 Mei 2019 – Kami mesti hadir – itu adalah janji para peserta kursus sulung DKM (Dakwah Kepada Misionari) yang bermula 18 Mei lepas di sini. Kursus anjuran Biro HALUAN Fitrah (BHF) itu membimbing masyarakat Islam agar berani berhujah dengan para misionari yang menyebarkan ajaran Krisitianiti di tempat awam, tidak kira samada …

Suntikan Motivasi Dakwah Not Yet Muslim Lebih Meluas

Suntikan Motivasi Dakwah Not Yet Muslim Lebih Meluas

BANDAR BARU BANGI, 3 Mac 2019 – Institusi Pengajian Tinggi adalah pusat ilmu yang mengumpulkan ramai pelajar berpendidikan lagi berpotensi besar bagi mencorakkan masa hadapan negara. Selain pelajar beragama Islam, di sana juga terdapat pelajar Not Yet Muslims (NYM) yang sangat berminat untuk mendekati serta memahami agama Islam. Malangnya, tiada inisiatif secara proaktif serta tersusun …

Ziarah Pulau Ketam Ajar Erti Dakwah

Ziarah Pulau Ketam Ajar Erti Dakwah

PULAU KETAM, SELANGOR, 1 Dis 2018 – Program Mesra Masyarakat Pulau Ketam anjuran HALUAN Siswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dengan kerjasama Biro HALUAN Fitrah (BHF) telah membuka lembaran baru persada dakwah untuk siswa-siswi berkenaan. Program dari 1 ke 2 Disember 2018 itu turut  menjalin ukhuwah bersama pelajar Akademi Tahfiz Mandarin (ATM) yang bertapak di …

Dakwah Cina: BHF Latih Mahasiswa MEDIU

Dakwah Cina: BHF Latih Mahasiswa MEDIU

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2018 – Membujur lalu melintang patah. Itulah semangat yang ditanamkan dalam minda mahasiswi jurusan agama Al-Madinah International University (MEDIU) yang sangsi untuk berkongsi Islam dengan warga bukan Islam. Bertempat di bilik seminar Masjid Al Khosyiin di Taman Desa Petaling pada 20 Mei lepas, seramai 11 orang pelajar IPT berkenaan didedahkan mengenai …

HALUAN Pasang Elektrik Surau Orangasli

HALUAN Pasang Elektrik Surau Orangasli

GRIK, 20 Feb 2018 – Surau usang berdinding dan berlantaikan buluh bukit di kampung orangasli Kampung Kabil berdekatan sini telah menerima sumbangan wang daripada HALUAN membolehkan elektrik dimasukkan untuk kegunaan ibadah 18 buah keluarga suku kaum Jahai di situ. Penempatan yang agak baharu itu berbanding perkampungan lain di sana didiami lebih 70 orang penduduk, majoritinya …

RISE Mulai Sesi Latihan Dakwah Rentas Agama

RISE Mulai Sesi Latihan Dakwah Rentas Agama

PARIT BUNTAR, 16 Mac 2017 — Reverts and Islam Information Centre (RISE) zon utara di sini telah mengadakan Sesi Khas Latihan Rentas Agama yang bertajuk Soft Skil Dakwah Rentas Agama dan bagaimana memulai Dakwah to Not Yet Muslims (DTNYM). Ianya diadakan khas untuk melatih ahli-ahli dan juga relawan Kelab HALUAN Fitrah (KHF) di zon utara. …