fbpx

Syiar Ramadan HALUAN Sampai ke Mindanao

Syiar Ramadan HALUAN Sampai ke Mindanao

Syiar Ramadan HALUAN Sampai ke Mindanao

MINDANAO, FILIPINA, 1 Jun 2019 – Kempen bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh HALUAN pada Ramadan 1440 Hijrah juga melibatkan bantuan untuk penduduk Mindanao, selatan Filipina.

Kempen dijalankan melalui sesi tazkirah tarawih yang diimamkan oleh imam muda tempatan. Turut dijalankan adalah kutipan sumbangan orang ramai pengunjung bazar Ramadan. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat menggalakkan walaupun kempen berkenaan dilancarkan menjelang beberapa hari sahaja sebelum tibanya hari raya Aidilfitri.

Bantuan iftar telah disalurkan ke beberapa buah rumah anak yatim di Cotabato, juga bantuan pendidikan kepada Revert Islam Da’wa Center (RIDC) iaitu pusat pembelajaran Islam untuk mualaf di Davao.

Iftar untuk anak-anak yatim lelaki dan perempuan diadakan pada hari dan tempat yang berbeza. Pusat anak yatim lelaki yang telah menerima bantuan iftar ialah Markads Tori, Markads Zainudin dan Markads Tadapor. Manakala pusat anak yatim perempuan pula ialah Markads Monera. Kesemua pusat anak yatim ini terletak di Poblacion Pikit, Cotabato Utara.

Bantuan untuk pendidikan mualaf pula diberikan kepada RIDC yang dikendalikan oleh pendakwah Bro Esmael T Musa, seorang bekas paderi Kristian. RIDC menjalankan kursus intensif selama 20 hari untuk setiap mualaf yang telah melafazkan syahadah. Majlis iftar juga diadakan untuk mualaf pada Ramadan kali ini. Sumbangan yang diterima daripada pihak HALUAN juga digunakan untuk kebajikan mualaf selain digunakan untuk pendidikan di pusat ini. RIDC terletak di Mati City Davao.


Laporan Mohd Jamil Muda,
Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN