fbpx

Syeikh Ikrimah Kecam Lawatan Tokoh Yaman ke Al-Aqsa

Syeikh Ikrimah Kecam Lawatan Tokoh Yaman ke Al-Aqsa

Syeikh Ikrimah Kecam Lawatan Tokoh Yaman ke Al-Aqsa

AL-QUDS, 8 April 2012 — Ketua Badan Islam Eksekutif di Al-Quds dan mantan Mufti Mesir serta khatib Masjid Al-Aqsa, Syeikh Ikrimah Shabri mengkritik keras lawatan pendakwah dari Yaman, Habib Ali Jafri bersama sejumlah tokoh-tokoh dari Jordan ke kota Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa dengan visa dan dokumen kerajaan penjajah Zionis Yahudi. Beliau melihat lawatan tersebut sebagai tindakan normalisasi dan mengakui legaliti negara haram penjajah Zionis Yahudi.

Mengulas kunjungan Habib Ali Jafri lengkap dengan kawalan ketat pasukan keselamatan Zionis Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsa, Syeikh Ikrimah Shabri mengatakan bahawa bagi negara Arab, Islam dan lain-lain yang tidak mengakui Israel, maka secara syariat tidak boleh melawat Al-Quds kerana ia masih berada di bawah penjajahan Zionis Yahudi. Oleh kerana itu, lawatan tersebut dianggap sebagai normalisasi hubungan dan pengakuan terhadap penjajahan Zionis Yahudi ke atas bumi Palestin dan kota Al-Quds.

Syekh Ikrimah Shabri menambah bahawa lawatan ke Al-Quds dengan visa Israel dan pengawasan dan kawalan pasukan keselamatan Zionis Yahudi bukanlah menyokong Al-Quds atau warganya. Jika mahu menyokong Al-Quds, maka mereka harus menyokong warganya dan lembaga-lembaganya.

Syekh Shabri menegaskan, semua mereka yang mendakwa prihatin kepada pembebasan Al-Quds harus berjuang membebaskannya bukan dengan menguatkan kedudukan penjajah Zionis Yahudi. “Dia harus berjuang membebaskan Al-Quds dari penjajahan Israel sebelum mengunjunginya,” tegas Syeikh Shabri.

Sementara itu, Ketua Persatuan Cendekiawan Muslim Dunia – Cawangan Palestin, Dr. Marwan Abu Ras turut mengecam kunjungan Habib Ali Jafri. Tindakan itu jelas melanggar konsensus ulamak Islam. Dr. Marwan menegaskan tentang fatwa Syaikh Yusuf Qardhawi yang mengatakan bahawa mengunjungi masjid al Quds dengan visa Zionis merupakan normalisasi terang-terangan dan tidak ada keraguan lagi di dalamnya.