SYARIKAT: Johnson & Johnson
PRODUK & SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN
- Produk bayi seperti sabun, lampin pakai-buang, shampu
- Produk krim kecantikan dan rawatan kulit, krim ubatan seperti Clean&Clear, Neutrogena
- Produk kesihatan seperti Listerine, Acuvue, Tuala wanita Carefree
- Peralatan kesihatan seperti alat mengawasi tahap glukos
HASIL KAJIAN: Johnson & Johnson telah mengambil-alih syarikat Israel Biosense dengan pembelian bernilai $400 juta [1]. Pada tahun 1998, Mr Roger S Fine, mewakili Johnson & Johnson, telah menerima Anugerah Jubli daripada perdana menteri Israel Netanyahu. Ini adalah merupakan anugerah penghormatan tertinggi oleh Israel sebagai mengiktiraf individu dan organisasi yang menguatkan ekonomi Israel melalui pelaburan dan jaringan perdagangan [2]. MAKLUMAT TAMBAHAN & RUJUKAN: Di Malaysia, Johnson & Johson beroperasi melalui anak-anak syarikatnya seperti LifeScan Malaysia dan Johnson & Johnson Medical Manufacturing Sdn Bhd. Lifescan mengeluarkan alatan perubatan seperti alat sistem mengawasi glukos dalam darah berjenama OneTouch, SureStep dan SmartScan. Manakala barangan pengguna dan bayi dipasarkan melalui Johnson & Johnson Sdn Bhd sejak 1960 lagi. Antara jenama yang dipasarkan adalah ACUVUE Eye Care, shampu dan sabun Bayi Johnson’s dan Listerine. [1] Israeli Embassy List of United States Companies with Investments in Israel http://www.israelemb.org/economic/uscompanies.htm Pejabat Johnson & Johnson Israel terletak di Shfayim. Mereka mengambil-alih Biosense, sebuah pengeluar elatan perubatan fi Haifa dengan anggaran nilai $400 juta dari keseluruhan saham Johnson & Johnson pada bulan September 1997. Mereka juga melabur dengan Polaris & Omega untuk membantu perusahan perubatan. [2] Friend of Al-Aqsa http://www.aqsa.org.uk/flyers/boycott.html [source for Jubilee List – Islamic Human Rights Commision]