fbpx

Sukarelawan Haluan Kunjungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Nairobi

Sukarelawan Haluan Kunjungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Nairobi

Sukarelawan Haluan Kunjungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Nairobi

Nairobi, 19 Oktober 2011 — Pasukan kedua sukarelawan HALUAN yang sedang menjalankan Misi Talian Hayat Pelarian Somalia telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya di Gigiri, Nairobi hari ini.


Kunjungan ketiga-tiga sukarelawan HALUAN itu telah disambut oleh Setiausaha Kedua yang juga merupakan Ketua Canseri, Encik S Kathiravan, dan Setiausaha Ketiga, Encik Zahari Ghazali.

Dalam kunjungan tersebut, ketua Pasukan Kedua Misi, Encik Mohd Nizam Awang telah berkongsi maklumat tentang aktiviti bantuan kemanusiaan yang telah dilaksanakan di Kem Pelarian Dadaab, di sempadan Kenya-Somalia. Mereka juga menyentuh tentang perkembangan terkini berkaitan keselamatan dan ketegangan ketenteraan di sempadan tersebut ekoran daripada kes-kes penculikan oleh pihak tertentu terhadap sukarelawan asing yang bertugas di sana. Dua lagi aktivitis HALUAN dalam misi kedua ini adalah Dr Arba’ai Shawal dan Encik Abu Ubaidah Musa.

Bagi pihak pejabat Pesuruhjaya Tinggi tersebut, Encik S. Kathiravan sangat berbesar hati dengan kunjungan tersebut. Beliau berharap semua NGO Malaysia yang menjalankan operasi bantuan kemanusiaan di Somalia dan Kenya agar sentiasa berhubung dengan pejabatnya supaya semua pihak dapat berkongsi maklumat di lapangan dengan lebih tepat dan menyeluruh.

HALUAN berterima kasih di atas perhatian yang telah diberikan oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi itu kepada para sukarelawan HALUAN yang bertugas. Pasukan kedua ini dijangka tiba pulang ke Malaysia pada 20 Oktober ini pada pukul 1.50 petang.

Mohd Nizam Awang menulis dari Nairobi, Kenya.