fbpx

Suka Ramalah Atau Gaza?

Suka Ramalah Atau Gaza?

Suka Ramalah Atau Gaza?

GAZA CITY Apr 27, 2012 – Lawatan pasukan relawan HALUAN ke kediaman mangsa pengusiran Yahudi Sheikh Abu Wael penuh girang dengan layanan paling mesra daripada pejuang berusia 73 tahun ini. Beliau di antara penduduk asal tebing barat Palestin yang diusir keluar serta tanahnya dirampas Yahudi pada tahun 1948.

Kini menetap di Semenanjung Gaza, Abu Wael menceritakan peritnya hidup saudara seIslam beliau di Tebing Barat yang seolah-olah bebas tetapi tidak sebenarnya kerana sentiasa diawasi dan dikongkong oleh rejim Israel dengan ketat sekali hinggakan membatasi kebebasan umat Islam di sana untuk mendapat hak-hak asasi mereka. Hidup mereka di sana ibarat kawalan sebuah penjara awam yang besar dengan banyaknya sekatan jalanraya serta perintah berkurung oleh tentera rejim.

”Berkat embargo ke atas Gaza, kini kami dapat berjumpa dengan saudara-saudara NGO Islam dari seluruh dunia. Di Gaza, walaupun kehidupan kami menjadi sukar kerana sekatan ekonomi zalim Yahudi dan sekutu-kutu rapatnya, kami tetap bebas bergerak ke sana-sini tanpa rasa takut tanpa sekatan tentera seperti di Tebing Barat,” kata beliau semasa pasukan HALUAN berkunjung ke kediaman beliau. Abu Wael pernah berkunjung dan berceramah di Malaysia pada tahun 2010.

Katanya lagi, sepanjang Gaza di bawah pemerintahan Fatah dari 1994-2006, tiada kunjungan daripada sebarang NGO. Kini, terdengar rungutan penduduk Tebing Barat sendiri yang inginkan bermastautin di Gaza, katanya lagi.