fbpx

Suburnya Bumi Bertuah Ini

Suburnya Bumi Bertuah Ini

Suburnya Bumi Bertuah Ini

GAZA CITY, April 31, 2012 — Siapa sangka pasir gurun yang sebegitu halus di persisiran pantai boleh menghasilkan hasil pertanian yang sungguh menakjubkan?

Kalau di Malaysia, hanya kelapa dan gajus yang mampu tumbuh. Itulah Gaza; bandaraya rebutan Islam-Yahudi yang kering dibakar mentari tetapi memiliki khazanah seribu satu rahmat bila kembali jatuh ke tangan orang Islam.

Tinjauan kami daripada pasukan misi kemanusiaan HALUAN seramai 11 orang yang dibawa melawat beberapa buah rumah hijau milik persendirian dan juga milik negara sekitar daerah Bustan mendapati rahmat Allah melimpah ruah. Bagaikan tidak percaya bila dilihat buah tembikai yang sedang membesar kehijauan menjalar subur di dalam kanopi panas di merata tempat hanya beberapa meter sahaja daripada gigi air Laut Mediterranean.

Kanopi yang sama jugalah yang akan menumbuhkan timun hijau (zucchini), honeydew, kekacang dan beberapa jenis sayuran lagi sepanjang tahun. Pendek kata, tidak ada ruang masa di mana bumi ini tidak menghasilkan sesuatu untuk rakyat di Gaza. Bumi Gaza tidak menghampakan rakyatnya yang memerlukan sumber makanan segar.

Apa yang penting adalah terdapatnya sumber air irigasi yang mencukupi dari dalam tanah, dipam keluar untuk mengairi tanaman. Dan inilah di antara punca kenapa Israel amat berhasad dengki dengan kerajaan Palestin di Gaza – kerana kawasan subur dan sumber air terbaik itu sudahpun dirampas kembali oleh orang-orang Islam sambil peneroka haram Yahudi diusir keluar hingga mereka terpaksa hidup di sebalik tembok-tembok konkrit tinggi.

Jelas pada hemat kami bahawa yang hidup di dalam ketakutan adalah Yahudi, bukan orang Palestin. Dulunya semasa dijajah, hasil tanaman di sini dikuasai Yahudi dengan keringat rakyat Palestin yang dijajah bagaikan hamba abdi, kemudian produk-produknya di jual serata dunia hingga ke Amerika dan Eropah sebagai “Produce of Israel”. Betapa bangsatnya bangsa ini.

Di sebuah ladang berlainan pula, juga di pinggiran pantai Jabaliya, kami dikejutkan pula dengan sebuah ladang ternakan ikan air tawar dan air masin saling bersebelahan. Ikan tilapia merah diternak dengan banyaknya di beberapa buah kolam di situ. Di kolam-kolam lain pula, anak-anak ikan gerud-gerud sebesar tapak tangan berenang pantas riang di dalam kolam yang diperbuat daripada kanvas biru itu, digali lubuk pasir sebagai pendinding kolam. Kami sangat kagum dengan kepintaran orang Gaza dalam menentukan kesinambungan hidup mereka dalam suasana serba kekurangan dek perang menentang golongan kafir zionis Yahudi. Ada saja inovasi di kalangan mereka hinggakan hampir tidak terasa bahawa mereka sebenarnya hidup terancam setiap detik.

Apa tidaknya; sepanjang seminggu kami di bumi Gaza, dongak saja ke langit dan di sana kelihatan pesawat-pesawat drone tanpa juruterbang berlegar merakam suasana di dalam negara Palestin Semenanjung Gaza. Pihak Palestin menjauhkan diri dari melakukan sebarang provokasi ketenteraan terhadap mereka melainkan bersiap-siaga jika diserang. Namun, pihak Israel yang sentiasa mengintip dengan peralatan tercanggih di dunia serta meledakkan bumi Gaza dari drone-drone yang terbang dengan kawalan jauh tanpa perlu adanya provokasi, bertujuan melemahkan semangat pejuang-pejuang Palestin di perbatasan.

Nun di horizon lautan pula, kelihatan kapal-kapal perang frigate dan kapal rondaan pantai milik tentera Israel sentiasa berkeliaran bagai jerung raksaksa. Tidak pernah kedengaran di era moden ini di mana pantai dan lautan milik sebuah negara merdeka dikawali secara ketenteraan oleh sebuah negara lain yang tidak diundang. Begitulah biadapnya bangsa dan negara haram Israel ini dalam menegakkan embargo ekonomi dan ketenteraan secara haram ke atas Palestin.

Sepanjang pasukan kami di sana, tidak ada detik di mana kapal tentera lautnya tidak kelihatan di horizon. Ini menyukarkan kehidupan para nelayan Palestin yang terpaksa menyabung nyawa saban hari. Israel sewenang-wenangnya menetapkan nelayan Palestin hanya boleh menangkap ikan sehingga 5km daripada pantai. Namun sejak akhir-akhir ini, tentera laut negara itu menembak enjin bot serta wak-wak walaupun mereka berada sekitar 2km dari pantai Gaza. Yang hidup ditangkap dan dipenjarakan, kononnya mereka memecah embargo kelautan di laut milik Palestin itu.

Kami juga melawat Pelabuhan Gaza yang ranap dibom oleh Israel menjelang perancangan ketibaan freedom flotilla diketuai kapal MV Mavi Marmara dua tahun lepas. Yang tinggal hanya bongkah-bongkah konkrit sebagai nisan pintu laut kehidupan rakyat Palestin Gaza. Dengan embargo sebegini, salahkah mereka bangkit mempertahankan aqidah dan watan mereka? Semestinya tidak!

Kami bertemu dengan beberapa orang petani dan penternak di situ. Mereka mengatakan, “Bumi Gaza ini bumi yang dijanjikan oleh Allah SWT. Ini bumi kamu (orang Melayu.) Dan ini bumi seluruh umat Islam sedunia. Allah memberikan kesuburan yang tidak ternilai bila pasir pantai sebegini boleh menghidupkan tanam-tanaman pertanian yang sangat subur. Namun kami memerlukan juga kekuatan suara kamu untuk diangkat embargo ekonomi, politik dan ketenteraan ini kerana kami sukar hendak memasarkan hasil bumi kami ke luar dari Gaza. Kerana Mesir tidak menyebelahi kami untuk membolehkan kami menjual komoditi kami ke sana untuk menyara anak-isteri kami. Apatah lagi Israel. Terima kasih kerana kedatangan kalian dan baliklah bercerita kepada orang-orang di negara kamu bahawa kami tetap mempertahankan Palestin untuk mereka”.

Teruskan sokongan anda dengan menyumbang derma ikhlas untuk perjuangan Palestin ke akaun Tabung Palestin HALUAN di Maybank no akaun 5644 9020 8528 atau BIMB 14-023-01-003429-2.


subur-05

subur-06

subur-07

subur-08