fbpx

Statistik Sedih Sempena Hari Pelarian Sedunia

Statistik Sedih Sempena Hari Pelarian Sedunia

Statistik Sedih Sempena Hari Pelarian Sedunia

BANDAR BARU BANGI, 20 Jun 2019 – Kehidupan yang damai dan harmonis serta kerukunan insan yang bertamadun menjadi impian setiap warga dunia. Lebih-lebih lagi jika anda seorang pelarian, mangsa dari kekejaman manusia dan kancah peperangan tanpa kesudahan.

Menurut United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), dunia kini menyaksikan rekod tertinggi dalam sejarah di mana lebih 70.8 juta jiwa insan di seluruh dunia terpaksa meninggalkan rumah mereka yang pernah mereka diami kerana ia sudah tidak selamat lagi dihuni. Antaranya ialah hampir 25.9 juta pelarian, yang mana lebih separuh daripada mereka berusia di bawah 18 tahun.

Sumber: UNHCR / 19 June 2019
https://www.unhcr.org/en-my/figures-at-a-glance.html
Sumber: UNHCR / 19 June 2019
https://www.unhcr.org/en-my/figures-at-a-glance.html

Terdapat juga berjuta-juta insan yang telah dinafikan kewarganegaraan dan akses kepada hak asasi seperti identiti kerakyatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, punca rezeki dan kebebasan bergerak. Ada ahli-ahli keluarga yang sengaja dipisahkan kerana tujuan buruk beberapa pihak. Mangsa pelarian dilakukan sewenangnya kerana memang mereka tiada daya membantah.

Bersempena Hari Pelarian Sedunia, HALUAN menyeru kepimpinan politik negara, serantau dan antarabangsa agar menjulang isu keamanan dan kesejahteraan sejagat ke arah yang lebih baik. Hentikan peperangan dan persengketaan, kerana yang menjadi mangsa perseteruan itu adalah keluarga, masyarakat dan rakyat sendiri. Peperangan tidak menyelesaikan sebarang masalah malah meruntun kecelakaan terhadap rakyat negara yang terlibat.

Jutaan terima kasih buat masyarakat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan dan prihatin terhadap isu kemanusiaan, terutamanya pelarian daripada negara-negara bergolak.

Tahniah! Moga budaya murni ini terus berkekalan.

HALUAN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menderma atau menyumbang tenaga mereka membantu kami dalam menyantuni mangsa-mangsa kerakusan manusia dan politik ini di seluruh dunia.

Anda boleh membantu kami dengan menderma melalui pautan ini –> https://www.haluan.org.my/donate/


Laporan mediaHALUAN