fbpx

STAR! 2013 Gilap Bakat Remaja Berdakwah Di Lapangan Media Kreatif

STAR! 2013 Gilap Bakat Remaja Berdakwah Di Lapangan Media Kreatif

STAR! 2013 Gilap Bakat Remaja Berdakwah Di Lapangan Media Kreatif

star-01PENDANG, 8 Dis 2013 — Seramai 300 orang remaja telah menghadiri perhimpunan HALUAN YoungStars Annual Gathering (STAR!) 2013 di Pendang Lake Resort yang berakhir hari ini. Perhimpunan selama dua hari itu merupakan edisi sulung bagi acara tahunan khusus untuk remaja yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH).

Program STAR! ini adalah perhimpunan susulan bagi remaja yang pernah mengikuti program-program anjuran KeARAH sebelum ini. Menurut Pengarah STAR, Muhammad Radhi Abd Rahman, majoriti peserta yang hadir adalah merupakan para alumni program-program anjuran KeARAH seperti Kem Minda Kreatif (KMK), ProCAST, KAHFI dan lain-lain lagi.

Bertemakan “Remaja Pewaris Ummah”, STAR! 2013 disusun bagi membina kesedaran Islam sebagai panduan hidup dalam bentuk jemaah secara berterusan serta mengembang potensi dan keyakinan diri para peserta dengan bakat-bakat baru dalam konteks dakwah Islam semasa dan akan datang.

Pada kali ini, STAR 2013 telah menampilkan beberapa orang penceramah yang berkaliber bagi berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman bersama para peserta. Pelbagai pertandingan yang menarik telah dianjurkan bersempena STAR 2013 bagi mencungkil bakat-bakat baru dan potensi para peserta bagi menyebarkan dakwah dalam lapangan dakwah media kreatif seperti penghasilan video-video menarik, vlog, video pendek, penulisan esei, penghasilan poster, fotografi dan juga pidato.

Slot yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peserta ialah sesi persembahan YoungStars Night 2013. Pelbagai persembahan berbentuk persembahan sajak, pentomen, nasyid dan dikir telah dipersembahkan dari wakil setiap negeri.

Konvensyen STAR! 2013 telah berakhir dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Biro Pembangunan Keluarga & Remaja HALUAN Kedah, Cikgu Abdul Wahab.

Semoga STAR! 2013 telah dapat menggilap bakat para peserta dan menjadi pemangkin kepada pembinaan generai remaja yang komited lagi kreatif dalam dakwah Islam. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja termasuklah HALUAN Malaysia, Percetakan Fadhilat dan individu-individu persendirian di atas kesudian memberi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan STAR! 2013 ini.


Laporan oleh Muhammad Radhi Abd Rahman, Unit Media Kelab Remaja HALUAN.