fbpx

SMK Paya Besar Serah Tabung ‘Kami Bersamamu Palestin’

SMK Paya Besar Serah Tabung ‘Kami Bersamamu Palestin’

SMK Paya Besar Serah Tabung ‘Kami Bersamamu Palestin’

KUANTAN, 24 Januari 2009 — Majlis Penyerahan Kutipan Tabung “Kami BersamaMu Palestin” telah berlangsung di Dewan Multaqa’ Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar kelmarin. Tabung “Kami Bersamamu 

KUANTAN, 24 Januari 2009 — Majlis Penyerahan Kutipan Tabung “Kami BersamaMu Palestin” telah berlangsung di Dewan Multaqa’ Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar kelmarin. Tabung “Kami Bersamamu Palestin” SMK Paya Besar telah dilancarkan mulai 7 Januari hingga 22 Januari 2009, iaitu selama dua minggu. Program yang murni ini adalah bertujuan untuk menyemai sifat ukhwah Islamiyyah sesama saudara seIslam disamping menanam kesedaran dan cintakan keamanan.


Acara pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh En Mohd Jani Taha. Majlis bermula dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Puan Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah, Pengetua SMK Paya Besar. Acara diteruskan dengan ucapan dan talk show oleh En Abd Basyir B Abd Ghani bagi mewakili HALUAN Palestin Malaysia. Beliau telah mengupas tentang situasi di Palestin, mengapa dan kenapa perlu membantu saudara kita di Palestin dan bagaimana bantuan boleh di beri. Hadirin juga telah disajikan dengan tayangan video tentang penderitaan rakyat Palestin yang menyayat begitu hati.

Acara kemuncaknya adalah majlis penyerahan wang kutipan “Kami BersamaMu Palestin.” Kutipan yang mencecah lebih RM3,000 telah diserahkan melalui HALUAN Palestin Malaysia. Majlis berakhir dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Jamali b Mohammad. Alhamdulillah pihak sekolah amat bersyukur kerana telah berjaya merealisasikan usaha membantu mengurangkan kesedihan dan penderitaan rakyat Palestin dengan berjaya membuat kutipan amal membantu mangsa kekejaman Yahudi. Sokongan anda semua, kami amat terharu.