fbpx

SKH Nurses Bantu Majlis Khitan Kanak-kanak

SKH Nurses Bantu Majlis Khitan Kanak-kanak

SKH Nurses Bantu Majlis Khitan Kanak-kanak

SHAH ALAM, 6 Dis 2015 — Seramai lapan ahli Sains Kesihatan HALUAN (SKH) unit Nurses telah membantu menjayakan majlis khitan beramai-ramai pelajar sekolah kariah Masjid An-Naim, Jalan Kebun pada 5 Disember lepas.

Ahli-ahli yang terdiri daripada jururawat terlatih Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ini telah sama-sama berganding bahu bersama para doktor Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) serta pasukan jururawat seniors daripada Pusat Perubatan Barakah, Kelang.

Seramai 26 orang kanak-kanak majoritinya di sekolah rendah telah selamat dikhitankan oleh pasukan itu bermula seawal 8.45 pagi. Sebanyak lima buah meja pembedahan kecil telah dibuka, hasil kerjasama yang baik daripada pihak Jawatankuasa Masjid An-Naim. Ini bukanlah kali pertama majlis khitan diadakan di masjid berkenaan dengan kerjasama pihak HALUAN yang sudah dikenali ramai di sekitar Kampung Jalan Kebun ini.

Pengarah operasi, Dr Ahmad Zabidin Zakaria menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT apabila kesemua kes selesai dilaksanakan menjelang pukul 1.00 tengahari. Kecekapan, kerjasama serta dedikasi yang tinggi di kalangan ahli-ahli KKH dan SKH telah berjaya menyematkan rasa ubudiyah yang tinggi dalam setiap ahli yang terbabit, katanya dalam ucapan muhasabah penutup.

SKH adalah subset kerjaya di bawah pentadbiran KKH yang menggabungkan beberapa profesion berkaitan perubatan dan kesihatan seperti farmasis, radiografi, jururawat, fisioterapis, teknologis makmal perubatan, terapis alam kerja, kesihatan awam, audiologist, saikologis klinikal, dietician dan seumpamanya.


Laporan Siti Nurshahidah Alias, SKH Nurses chapter PPUM