fbpx

Sistem Pendidikan Yang Bersifat Sekular

Sistem Pendidikan Yang Bersifat Sekular

Sistem Pendidikan Yang Bersifat Sekular

Di Malaysia antara cabaran utama dalam Pendidikan adalah ledakan ilmu berbentuk global dan juga masalah sosial yang perlu ditangani. Perkembangan teknologi langit tanpa sempadan menyaksikan maklumat dari seluruh dunia berada di hujung jari sahaja. Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada maklumat ini. Suatu yang membahayakan bahawa maklumat tanpa tapisan atau penjelasan yang wajar boleh disalahertikan atau banyak memberikan kesan negatif.

Pendidikan hari ini juga dilihat belum berkemampuan untuk membentuk pelajar menjadi anggota masyarakat yang baik. Banyak salahlaku berlaku bermula dari alam persekolahan lagi.
Menurut Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, statistik pelanggaran disiplin dilapurkan sebanyak 1054 kes antara Januari hingga Jun 2018, kes buli pula sebanyak 295 kes pada 2017 dan masalah mental meningkat pada 2016 dimana seorang dari lima orang mengalami masalah ini berbanding dengan seorang dari sepuluh orang pada tahun sebelumnya. (Berita Harian 30 Jun 2018)

Sistem pendidikan yang bersifat sekular dan sindrom bergantung kepada peperiksaan semata-mata hanya melahirkan robot-robot yang belajar bagi mendapat pekerjaan yang baik serta kemewahan hidup dunia. Penumpuan yang berlebih-lebihan kepada prestasi akademik telah mengabaikan dimensi-dimensi kemanusiaan yang lain serta menyebabkan kematian intelektual.

Abul A’la Al Maududi ketika berbicara dihadapan mahasiswa mensifatkan universiti hari ini sebagai rumah sembelihan yang mencetak segulung sijil kematian. Katanya:

“Wahai sekalian mahasiswa, kamu melabur sekian lama masa kamu di universiti ini bagi mendapat Pendidikan. Kamu menunggu lama dimana saat kamu menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis konvokesyen sebegini. Sukar untuk aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur. Dalam menilai tempat kamu dididik ini malah semua tempat pendidikan yang dinamakan universiti, ia tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.”

“Sekeping ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian. Ia diberikan apabila si pembunuh berpuas hati kerana berjaya menyempurnakan penyembelihannya. Alangkah bertuahnya mereka yang berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini bagi mengucapkan tahniah kepada kamu kerana menerima sijil kematian itu, malah sebaliknya. Aku merasa sedih melihat kamu dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini.” -(Petikan dari Buku Kuasa Kepemimpinan Al Fateh Edisi 2017, Muhammad Syaari Abdul Rahman)

Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden HALUAN
Petikan Ucapan Dasar MTP-30

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my