fbpx

Sheikh Beitawi Meninggal Dunia di Hospital

Sheikh Beitawi Meninggal Dunia di Hospital

Sheikh Beitawi Meninggal Dunia di Hospital

AL-QUDS, 5 April 2012 — Sheikh Hamed Al-Beitawi meninggal dunia di hospital Makased di kawasan Baitulmaqdis yang dijajah pada hari Rabu lalu, selepas pihak berkuasa penjajah Zionis Yahudi enggan membenarkannya permit perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Jordan.

Sheikh Beitawi, 70 tahun, yang merupakan seorang ahli parlimen dan juga ketua persatuan ulama Palestin, telah mengalami masalah jantung sejak minggu lepas dan memerlukan pembedahan jantung terbuka yang sukar di Tebing Barat kerana beliau juga mengidap diabetes.

Zionis Yahudi menafikan kebenaran untuk beliau keluar ke Jordan bagi menjalani operasi, sebaliknya bersetuju membenarkan beliau ke Baitulmuqaddis yang dijajah untuk pembedahan. Beliau melalui pembedahan tersebut dengan ditemani oleh isterinya sahaja.

Menurut anak bongsu beliau, Sheikh Beitawi telah mengidap penyakit kencing manis selama 20 tahun yang lalu. Keadaan sakitnya bertambah buruk semasa di dalam tahanan pentadbiran dalam penjara Zionis Yahudi tanpa rawatan perubatan. Beliau terpaksa memotong beberapa jari kaki beliau selepas dibebaskan.

Zionis Yahudi juga tidak membenarkan mana-mana anak-anaknya masuk ke Baitulmuqaddis bagi persediaan untuk pengebumian bapa mereka. Selasa lalu, tentera Yahudi memecah masuk dan menggeledah rumah Sheikh Beitawi di Nablus, kemudiaannya menangkap anak sulung beliau, Fadl.

Sheikh Beitawi diangkat menjadi Ahli Parlimen setelah memenangi bilangan undi terbesar dalam pilihan raya umum di Nablus di mana beliau telah bertanding sebagai wakil Hamas. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Palestin dan adalah muallim Islam yang terkenal.