fbpx

Serangan Israel di Gaza Ganas: PM Turki

Serangan Israel di Gaza Ganas: PM Turki

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada Selasa lepas mengutuk serangan Israel di Semenanjung Gaza sebagai “keganasan” dalam satu serangan terbaru Israel di rantau ini bermula 26 Disember 2008 yang lalu. “Apa alasan dan  justifikasi akan keganasan seumpama ini boleh terjadi?” Erdogan berkata dalam satu taklimat bersama para anggota partinya di parlimen, hakikatnya apa yang berlaku adalah berdentum-dentum serangan Israel ke atas sasaran orang awam.

Katanya serangan yang telah meragut lebih daripada 580 nyawa termasuk hampir 100 orang kanak-kanak, adalah medan perjudian dan persaingan di antara para pemimpin Israel dalam menghadapi pilihan raya umum Israel pada bulan Februari kelak. Merujuk kepada Menteri Pertahanan Israel dan Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri Israel, Erdogan berkata: “Saya telah memberitahu Ehud Barak dan (Tzipi) Livni untuk melupakan tentang pilihan raya, kerana sejarah akan mengadili mereka akibat noda hitam yang mereka abaikan terhadap nilai  kemanusiaan.” Bangsa Yahudi telah memahami penderitaan di sepanjang lipatan sejarah mereka dan sepatutnya mereka tahu cara terbaik memelihara kesucian kehidupan manusia, terutama golongan wanita dan kanak-kanak… dan kepentingan budaya kehidupan bersama,” katanya. Erdogan mengkritik dengan tegas terhadap Israel sejak serangan bermula. Beliau telah mengambil inisiatif untuk mengadakan usaha-usaha diplomatik untuk mencapai persetujuan satu gencatan senjata Israel dan HAMAS. Beliau telah mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Perancis Nicolas Sarkozy, Presiden Syiria Bashar al-Assad, Presiden Mesir Husni Mubarak dan wakil HAMAS. Sumber: MEO