fbpx

Serahan Sumbangan Barangan Asas di Rimau Indah

Serahan Sumbangan Barangan Asas di Rimau Indah

Serahan Sumbangan Barangan Asas di Rimau Indah

SHAH ALAM, 6 April 2020 – HALUAN cawangan Selangor telah menyalurkan sumbangan kepada penduduk Pangsapuri Rimau Indah terdiri daripada keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 yang melanda negara serta dunia ketika ini.

Sumbangan berupa keperluan asas itu diserahkan oleh wakil Pemuda HALUAN Selangor, Encik Muhammad Iqbal Hamdan melalui Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Rimau Indah, Encik Hasan Bin Ali pada 29 Mac lepas. HALUAN Selangor berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban masyarakat setempat bagi mengharungi tempoh PKP yang sedang berlangsung dari 18 Mac hingga 14 April nanti.

Penduduk pangsapuri berkenaan kebanyakannya adalah keluarga dibawah kategori B40 yang terkesan mata pencarian kerana wabak ini. HALUAN akan terus komited dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama di waktu negara sedang dilanda musibah ketika ini.


Laporan mediaHALUAN Selangor