fbpx

Sengsara Gaza Terus Dapat Simpati TM MSC

Sengsara Gaza Terus Dapat Simpati TM MSC

Sengsara Gaza Terus Dapat Simpati TM MSC

CYBERJAYA, 30 Nov 2012 – Warga kerja TM MSC di Cyberjaya telah berjaya mengumpul sejumlah RM2,800 dalam kutipan sehari untuk Tabung Palestin HALUAN demi membantu mangsa-mangsa perang di Gaza.

Serahan cek telah disempurnakan oleh Pengurus Besar TM MSC, Puan Norliza Jaafar yang turut disaksikan oleh beberapa orang staf beliau. Mereka telah bertanyakan tentang keadaan di Gaza dan memahami bahawa wang sangat diperlukan sekarang ini untuk membeli ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan yang mendesak untuk keperluan ratusan mangsa bedilan zionis.

Beliau memaklumkan bahawa syarikatnya akan meneruskan lagi kutipan untuk Gaza. “Kalau boleh, kami pun ingin pergi ke Gaza bersama HALUAN. Kami akan terus memberi sokongan kepada HALUAN dalam usaha kemanusiaan ini dan kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian kamu memberikan taklimat yang ringkas mengenai Gaza ini,” tambah beliau.

Keprihatinan syarikat koporat ini mendapat pujian daripada Ketua Daerah HALUAN Bangi, Encik Mubarak Ali yang telah menerima sumbangan tersebut. Beliau teruja dengan keikhlasan staf TM MSC yang telah menyerahkan sumbangan derma yang dikutip daripada kalangan staff TM MSC ITU yang telah didahului dengan upacara solat hajat untuk kemenangan Palestin. Semoga Allah merahmati mereka sebagaimana Dia merahmati warga Palestin yang berjuang demi tanahair mereka.