fbpx

Seminar Cakna Ummah (SCAM) Syria & Turki

Seminar Cakna Ummah (SCAM) Syria & Turki

Seminar Cakna Ummah (SCAM) Syria & Turki

KAHERAH, 19 Dis 2015 — Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Seminar Cakna Ummah berkisar kepada realiti di Turki dan Syria pada 18-19 Disember lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’ di sini. Program ini telah dihadiri seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa di Mesir.

Antara objektif program ini adalah memberi kesedaran kepada mahasiswa Malaysia di Mesir agar cakna tentang permasalahan umat Islam pada masa kini di samping menampilkan tokoh-tokoh yang terdiri daripada kalangan ahli HALUANSiswa Mesir kepada masyarakat.

Program pada 18 Disember berkisarkan tentang Sejarah Turki telah disampaikan oleh penyampai yang sangat berpengalaman dalam dunia kajian sejarah-sejarah dunia, Encik Muhammad Mahir Che Hassan, pelajar tahun 4 Perubatan al-Azhar.

Beliau telah membentangkan tajuk Pasca Pilihanraya Turki Cahaya Baru Dunia Islam. Beliau telah menerangkan tentang sejarah penubuhan kerajaan Turki Uthmaniah dan Sistem Demokrasi di Turki di samping analisa pasca pilihanraya Turki yang berlangsung pada awal November lalu.

Program ini turut dimeriahkan dengan pameran negara Turki dan jualan buku Said Badiuzzaman Nursi yang merupakan tokoh Islam yang besar di sana.

Tajuk berkenaan Syria pada 19 Disember pula berkisarkan tentang Sejarah Syria dan Syiah yang telah disampaikan oleh penyampai yang sangat berpengalaman dalam pengkajian isu Syria, Encik Nik Wan Muhsin Wan Ramli, seorang nahasiswa tahun 4 Kuliah Bahasa Arab Perubatan al-Azhar.

Beliau telah membentangkan tentang Sejarah Syiah yang bermula pada zaman Saidina Uthman dan bagaimana Syiah terus berkembang sehingga ke hari ini menjadi duri dalam daging. Beliau juga memberikan penerangan secara terperinci berkenaan Sejarah Syria dan realiti perang yang sedang berlaku di bumi Syria pada hari ini.

Program ini turut dimeriahkan dengan sesi kuiz dan tayangan video tentang Syria dan Syiah.


Laporan Nur Imanina Shahrudin