fbpx

Semarak Cinta AL-AQSA di Kids Dash Challenge

Semarak Cinta AL-AQSA di Kids Dash Challenge

Semarak Cinta AL-AQSA di Kids Dash Challenge

SHAH ALAM, 11 Nov 2019 – Sambutan di luar dugaan! Lebih 200 kanak-kanak telah menyertai acara “Kids Dash Challenge for Baitul Maqdis 2019” anjuran HALUAN dengan kerjasama Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) di Stadium Panasonic di sini semalam.

Program yang julung-julung kali diadakan itu menyaksikan penyertaan kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun terdiri daripada 100 buah keluarga yang mendaftarkan anak mereka. Kemeriahan acara ini dikendalikan oleh 50 orang sukarelawan daripada pelbagai peringkat umur dan turut dibantu oleh 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Ibn Khaldun, sekolah angkat HALUAN.

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di peringkat kanak-kanak lagi mengenai kemelut kemanusiaan umat Islam di Baitul Maqdis. Larian yang diadakan disertakan dengan beberapa “check point” yang menjalankan aktiviti berkaitan dengan Baitul Maqdis telah memeriahkan lagi acara yang berlangsung dari 7.00 pagi hingga 11.00 pagi itu.

“Kami daripada urusetia program mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja antaranya Gardenia Bakeries Sdn Bhd; Stokis AlHaddad Marketing, Puan Sharifah Husna Syed Hassan Al-Hadad selaku penaja minuman rasmi program iaitu Air Tamar Coco, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan orang-orang persendirian. Tidak dilupa juga ibubapa yang turut serta menjayakan program ini. VIP yang turut serta, Ketua Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Dr. Syarif Amin Abushamalla dan Penolong Pengerusi Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Puan Norlena Nann. Terima kasih juga kepada media TV Al-Hijrah dan Harian Metro yang turut membuat liputan sepanjang program,” berkata Ust Umar Aiman, Pengarah Program.

Kutipan amal untuk membantu saudara di Palestin sebanyak RM 1,210 telah berjaya dikumpulkan sepanjang program tersebut.

Berkata Ust Umar, “Harapan kami, semoga acara ini akan menyuburkan cinta terhadap bumi al-Aqsa. Anak-anak yang berusia seawal empat tahun ini bakal menjadi pakar berkenaan isu Palestin 20 tahun lagi. Bahkan mungkin di peringkat universiti kelak mereka sudah merancang kebangkitan ummah yang akan merubah segalanya. Larian ini hanyalah larian jika dunia menjadi idaman. Tetapi ianya ibadah yang mencuri perhatian Rabbul Jalil jika keikhlasan menjadi wisel pemulanya.”

Teruskan sumbangan anda ke Tabung Palestin HALUAN

Halakah al-Quran Anak-anak Gaza

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Anak Yatim Palestin-Syria

RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM250.00 One Time

Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari