fbpx

Seluruh keluarga HALUAN mengucapkan takziah kepada keluarga Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang telah Kembali menemui Penciptanya pada 31 Ogos 2021/ 22 Muharram 1443H.

Semoga dilimpahkan kesabaran dan ketabahan menghadapi takdir ini.

Allahyarham banyak mencurahkan tenaga dan buah fikiran untuk memajukan Islam, khususnya di Malaysia. Penglibatan Allahyarham dalam badan-badan seperti PMIUM, PKPIM, YaPEIM, USIM, ABIM dan lain-lain menunjukkan betapa gigihnya beliau menggunakan waktu yang Allah SWT kurniakan untuk kebaikan umat.

Jasa-jasa Allahyarham tidak mampu untuk dinilai dengan wang ringgit, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Kematian adalah suatu ketentuan Allah SWT, tidak diperlambatkan atau dipercepatkan.

Kami mendoakan semoga Allah SWT merahmati Allahyarham, memberi ganjaran yang sewajarnya serta ditempatkan bersama-sama para anbiya’, solihin dan orang-orang beriman.

_
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my