fbpx

Selamat Menyambut Hari Bumi 2020

Selamat Menyambut Hari Bumi 2020

Selamat Menyambut Hari Bumi 2020

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum 30:41)

Tahun ini merupakan tahun ke-50 sambutan Hari Bumi dilaksanakan. Juga menjadi satu catatan telah berlalu 50 tahun usaha untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang kepentingan penjagaan bumi dilakukan.

Tema tahun ini adalah climate action atau Tindakan Menangani Perubahan Iklim. Setiap manusia mempunyai peranan untuk bertindak menjaga cuaca dan ekosistem bumi ini, sama ada di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ia adalah cabaran yang berat, juga adalah peluang yang luas untuk kita berbakti kepada bumi yang kita cintai ini.

Kesan daripada pandemik COVID-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di seluruh dunia menunjukkan pemulihan bumi yang ketara. Ini adalah satu bukti bahawa kita mampu menyelamatkan bumi ini.

Bumi kita, tanggungjawab kita.

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my