fbpx

Sekolah Semakin Cakna Palestin

Sekolah Semakin Cakna Palestin

Sekolah Semakin Cakna Palestin

SHAH ALAM, 8 Jun 2018 – Kepekaan masyarakat Malaysia terhadap perkembangan nasib bumi dan rakyat Palestin semakin meningkat dari hari ke hari terutamanya di peringkat sekolah. Dua buah sekolah di Shah Alam telah membuktikan kepedulian mereka iaitu Sekolah Rendah Ibnu Khaldun dan Sekolah Menengah Ibn Khaldun.

Kempen di kalangan warga sekolah telah bermula awal Ramadan lalu dan kutipan derma untuk Palestin ini melibatkan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa. SR Ibnu Khaldun dan SM Ibn Khaldun masing-masing berjaya mengumpulkan sejumlah RM9,013 dan RM5,490 sepanjang bulan Ramadan ini untuk membantu Palestin yang ditindas rejim ganas zionis Israel.

Menurut Setiausaha Kerja 3, Muhammad Mus’ab Sa’ari, “ini adalah kutipan tertinggi yang kami terima daripada pihak sekolah ini semenjak tahun 2011 pelaksanaannya. Perkembangan ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar sekolah semakin cakna berkenaan isu Palestin ini. Ini adalah petanda baik.”

“Inisiatif berterusan pihak sekolah ini merupakan sesuatu yang amat baik dan kami di HALUAN berharap kempen sebegini akan dapat diperluaskan lagi ke sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia agar kesedaran tentang kekejaman zionis ini akan lebih meluas di samping meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar sekolah.”


Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari