fbpx

Sekalung Tahniah Datuk Wan Mohamad

Sekalung Tahniah Datuk Wan Mohamad

Sekalung Tahniah Datuk Wan Mohamad

BANDAR BARU BANGI, 6 Aug 2018 – Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah diberi kepercayaan menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan bagi menambah baik institusi-institusi Islam di peringkat kebangsaan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, anggota jawatankuasa tertinggi itu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan perkenan Raja-Raja Melayu.

Fungsi utama jawatankuasa tersebut antaranya adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman syariah di peringkat Persekutuan.

Datuk Wan Mohamad adalah Ahli Kehormat HALUAN dan telah banyak memberi buah fikiran serta panduan kepada HALUAN. Semoga Datuk terus maju jaya dalam perkhidmatan dan terus menyumbang untuk Islam dan ummah di Malaysia yang tercinta ini.


Laporan Biro Penerangan HALUAN