fbpx

Sejarah Salibi Berulang Kembali

Sejarah Salibi Berulang Kembali

Bermula dengan keruntuhan Khalifah Uthmaniyah di Turki hinggalah kejatuhan Bosnia-Herzegovina, serta kejadian di rantau Teluk, semuanya mempersaksikan pakatan dan tujuan yang satu yang terselindung di sebalik peristiwa itu. Demikianlah pendapat penyelidik dan pengkaji Mesir-Perancis, Ibrahim Zahmul, yang disiarkan di dalam majalah Ad-Dakwah terbitan 28 Ogos 1995. Dugaan ke atas umat Arab dan Islam seluruhnya yang melingkungi mereka hari ini merupakan salah satu siri dugaan yang paling berbahaya di antara semua siri tribulasi yang menimpa mereka. Masalah perpecahan yang berlaku di kalangan negara Islam menyebabkan dunia terus mundur dan ketinggalan di belakang negara-negara lain. Mereka menanggung kesengsaraan dengan luka-luka akibat serangan yang bertubi-tubi yang tiada tandingannya, sama ada serangan yang datang secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Sesetengahnya dalam  bentuk peperangan secara langsung seperti yang berlaku dalam Perang Teluk I dan II. Sebahagian lagi dalam bentuk fitnah yang ditimbulkan oleh bangsa Yahudi yang tidak pernah senang hati dengan Islam  kecuali apabila mereka dapat melaga-lagakan bangsa Arab dan umat Islam dengan saudara mereka sendiri. Dengan itu, kaum Yahudi dan kuncu-kuncu mereka yang terdiri daripada golongan Salibi berjaya mencapai tujuan dan matlamat mereka untuk melemahkan umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan mereka. Kaum Yahudi dan puak Salibi merupakan tentera bersekutu yang sentiasa bersatu padu serta saling membantu antara satu sama lain. Mereka  sentiasa berusaha  dan bekerja untuk mencapai matlamat dan kemaslahatan bersama. Meskipun berbagai-bagai cara digunakan oleh mereka sepanjang sejarah silam dan pertengahan, pencapaian mereka adalah sama iaitu berjaya memfitnah bangsa Arab dan umat Islam.

Sepanjang sejarah moden pula fitnah itu adalah dalam bentuk sokongan dan perjanjian yang dilakukan di antara mereka (Yahudi dan Salibi) dengan bangsa Arab.Sesetengah mereka menonjol di permukaan arus manakala sebahagian yang lain pula berlindung di sebalik tabir. Ini membenarkan sikap disraeli iaitu sikap yang menggabungkan dua personaliti – berahsia  dan  menonjol. Pada pertengahan abad ke-20, seorang tokoh veteran diplomatik Perancis, Cont Ugest De’ San, cuba menjelaskan hubungan di antara dua perwatakan yang berlainan ini dengan katanya: “Sebenarnya dunia ini diperintah oleh peribadi-peribadi yang tidak dapat kita gambarkan keperibadian mereka. Mereka inilah yang berdiri di belakang pentas dan kita tidak dapat melihat mereka dengan pancaindera mata.” Saya teringat satu gambaran yang pernah dibuat oleh sasterawan dan penyair Palestin, Ibrahim Tuqan (1905-1941), semenjak lima puluh tahun lalu. Syairnya berbunyi: “Di hadapan sana tragedi yang menggerunkan, Si muda menjadi tua lantaran kegerunan, Kamu seperti resam kamu yang tidak menghiraukan, Selain daripada sisa yang tidak berharga, Kesudahanmu dimusnahkan oleh golongan bawahan, Beritanya bertebar jauh ke sana, Tiada mahligai yang kekal abadi untuk penghuninya, Dan tiada juga walau sebuah pondok usang.” Perang Teluk Kedua yang berlaku berikutan serangan Iraq ke atas Kuwait merupakan salah satu senario semasa sama seperti yang telah dibayangkan oleh penyair tersebut. Walaupun pelbagai faktor telah disabitkan oleh para penganalisis, memadai bagi kita untuk meyakini bahawa faktor utama yang mendorong kuasa Barat bergerak untuk menguasai rantau Teluk ialah kebangkitan  Islam yang bertambah pesat di bumi Arab dan bumi Islam lain. Inilah alasan sebenar Barat untuk menggerakkan tentera mereka ke sana bagi melancarkan gertakan mereka yang bertujuan menghentam umat Islam di samping merampas kekayaan dan harta benda bangsa Arab. Selain itu, Barat juga bertujuan untuk melangsaikan permasalahan Palestin yang merupakan perancangan yang telah diatur oleh Zionis Yahudi. Petugas yang melaksanakan perancangan dan perencanaan ini adalah kuncu-kuncu mereka yang terdapat di timur mahupun di barat yang telahpun diagih-agihkan tugas dan peranan masing-masing. Sudah memadai bagi setiap orang yang memahami hasrat itu dengan merujuk semula kepada perancangan Zionis Yahudi sejak dua dekad yang lalu dalam abad ke-20 ini untuk membuktikan kebenaran kenyataan ini. Pada 15 Januari 1982 sebuah akhbar Israel telah memuatkan kenyataan seorang jeneral angkatan tentera Israel yang sudah bersara, Mat Gazet yang kini menjadi rektor di Univeristi Ben Gorian, Barrsheba (sebut: Bi’ru Sab’ah) yang berkata: “Pada suatu hari kelak, bumi Israel mestilah menjadi milik dan berada di bawah kekuasaan Israel sepenuhnya serta tidak boleh lagi dipecah-pecahkan negara Yahudi ini. Oleh itu Israel mestilah membuat keputusan segera untuk menlaksanakan penyelesaian muktamad terhadap kehadiran bangsa Arab di bumi Palestin yang ada kaitan dengan sejarah silamnya.” Tujuan utama yang dinyatakan di sini ialah menghapuskan bangsa Arab dan menghancurkan negara Arab yang berbilang itu. Kedua-dua tindakan itu merupakan perancangan Yahudi yang turut disiarkan semula oleh Pertubuhan Zionis Sedunia di dalam majalah Kefanim (Arahan atau Panduan) edisi ke 14 terbitan Februari 1982. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas rakyat Bosnia-Herzegovina di atas nama ‘politik berkecuali’. Rakyat Bosnia merupakan rakyat asli yang merdeka di bumi Bosnia. Apa yang berlaku di negara itu juga merupakan pelaksanaan terhadap perencanaan untuk memerangi Islam. Dengan memberi bantuan kepada pihak Serbia, tindakan itu akhirnya akan memaksa puak Islam Bosnia menyerah kalah atau sekurang-kurangnya terpaksa bertolak ansur terhadap sebahagian hak-hak mereka di bumi mereka sendiri. Kesudahannya mereka tidak akan mempunyai negara dan identiti tersendiri. Inilah sejarah perjalanan hidup kaum Yahudi dan puak Salibi yang tidak pernah berhenti memadamkan api hasad dengki mereka sejak zaman berzaman. Tindakan mereka kian hari kian bertambah buruk dan jahat. Kita menyangka tipu daya itu telah tamat, rupa-rupanya masa telah menunjukkan apa yang tersembunyi di dalam dada mereka. Pada 1887 mereka telah memberikan berbagai bantuan, termasuk ketenteraan, kepada Bosnia-Herzegovina dengan alasan menyingkirkan Kerajaan Uthmaniyah dari Eropah. Perancangan mereka ialah memusnahkan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah seperti yang dirancang dan dipersetujui oleh mereka di Persidangan  Berlin pada tahun tersebut. Turut hadir dan memberi persetujuan mereka terhadap perancangan itu ialah pihak Khatolik, Protestan dan Ortodoks.

Kini Barat telah berjaya dalam usahanya  untuk menghapuskan kekuatan Bosnia. Barat tetap dengan sikapnya yang tidak pernah jujur walaupun sehari dengan Islam. Oleh itu satu sikap berdiam diri Barat dalam kes di Bosnia merupakan suatu sokongan secara terang-terangan kepada pihak musuh yang menceroboh, membunuh serta menyekat bekalan senjata untuk rakyat Bosnia mempertahankan diri mereka. Kenyataan ini bukanlah sekadar sangkaan semata-mata, tetapi inilah realiti yang telah diperkatakan oleh tokoh-tokoh mereka. Antaranya ialah Kolonel Teodor Herzek dari angkatan tentera Slovanic yang telah membuat kenyataan kepada akhbar Perancis, The Cross pada 6 April 1993: “Sesungguhnya Barat tidak punyai keinginan untuk mepertahankan orang Islam di Eropah kerana kita tidak ingin mereka menjadi golongan yang kuat dan tersusun. Mereka ini hanya boleh diterima sebagai  puak minoriti dari segi budaya dan agama sahaja.” “Anda boleh mengkagumi mereka sebagai satu bangsa dan umat yang mempunyai kekuatan hanya kira-kira  2 juta orang di tengah-tengah  Benua Eropah sedangkan di timur dan barat ratusan juta manusia (Kristian) mengelilingi mereka.” Sewaktu melawat Washington pada 16 Mac 1995, Menteri Luar Croatia, Mat Garnek telah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan orang-orang Islam sebelum kejadian 18 Mac 1994 sebagai mempunyai struktur yang amat rapuh sekali. Katanya: “… bukanlah suatu kerja yang praktikal untuk menegakkan sebuah  negara  yang  bebas  bagi umat  Islam di Eropah (negara Bosnia) kerana negara-negara Eropah pasti tidak menyokongnya, sebaliknya Persekutuan Croat Muslim haruslah menjadi matlamat dalam pandangan Barat.” Kenyataan itu merupakan pengulangan kenyataan Presiden Crotia, Frant Trujman yang telah mengemukakan cadangan kepada  Barat yang mempercayai dirinya sebagai ketua Serbia. Cadangan itu adalah sebagai alternatif kepada pembentukan negara Islam di tengah-tengah Eropah. Inilah juga tugas persekutuan yang rapuh itu seperti yang telah diinspirasikan kepada Amerika Syarikat dan Eropah seperti yang termuat di dalam dua akhbar Perancis, Libersion dan La Cross, terbitan 10 Mac 1994: “Untuk itu kita harus memahami bantuan dan solidariti yang ditunjukkan oleh pihak Ortodoks terhadap Serbia serta Khatolik terhadap Croatia dan Slovenia ketika mereka mengisytiharkan  kemerdekaan dan pada masa yang sama semua pihak berdiam diri terhadap rakyat Bosnia. Ia adalah bahaya yang pernah diisytiharkan oleh siren ingatan (di dalam ungkapan Marsyal Perancis, Lois Luity (1934-1954) di Persidangan Kemuncak Dunia Islam itu seperti kotak berdengung. Pada Islam itu perasaan, gerakan, gambaran dan pemikiran  yang  bergolak  dari  satu sudut ke satu sudut di dalam satu detik).” Oleh itu tidak dapat tidak, pengajaran harus diberi kepada orang lain supaya mereka mengambil iktibar daripadanya sehingga mereka terpaksa meninggalkan rakyat Bosnia berjuang bersendirian untuk menentukan nasib mereka sendiri. Apa yang pasti mereka tidak dapat menolak kecelakaan  yang telah menimpa mereka dan tidak dapat pula meminta pertolongan daripada pihak lain untuk menolak bala yang sedang menimpa mereka. Kedua-duanya kini merantai leher mereka dan mereka tidak dapat membuka belenggu tersebut daripada leher mereka kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperakui kekuatan dan kejahatan Barat. Ia adalah kekuatan yang zalim yang amat bercangah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang telah diterbitkan oleh Charter PBB. Seperti yang telah ditegaskan oleh pakar-pakar perundangan barat sendiri, ia adalah kezaliman yang didokong oleh ahli-ahli politik barat terutama Perancis, sama ada Kristian, Yahudi atau apa sahaja, sebenarnya sama sahaja. Sebahagian senario yang berlaku pada 1940 sebahagiannya adalah sama seperti yang berlaku hari ini. Hal ini pernah dirakamkan oleh penyair Mesir, Badwi Muhammad, pada 1946 dalam  syairnya yang begitu cemerlang, yang berbunyi: “Hairan! Mana, manakah Majlis Keamanan itu? Yang dikatakan menjadi pelindung kepada yang dhaif, …kaku, Mereka melihat sembelihan korban, kezaliman dan tipu daya, Mereka sampaikan berita gembira keadilan dan kebenaran, Tetapi perbuatan dusta mereka amalkan, Kebenaran di tangan mereka dibuang ke tepi, Keadilan adalah umpama kecelakaan, Bilakah serigala akan menepati janjinya? Dan bilakah penganiaya bertindak mulia?” *Petikan dari majalah HALUAN Bil. 8,edisi 1996