fbpx

Sejarah Kongres Yahudi (1)

Sejarah Kongres Yahudi (1)

KONGRES ZIONIS

Sebelum Herzl, tidak ada keupayaan bagi Yahudi mengadakan pertemuan-pertemuan umum gerakan nasional Yahudi. Tujuan Herzl mengadakan Kongres pertama Yahudi adalah untuk merapatkan barisan Zionis, mewujudkan sikap saling faham memahami di antara orang-orang Zionis dan untuk mempersatukan usaha mereka. Kongres tersebut cuba untuk memperjelaskan apa itu Zionis dan keinginan-keinginan mereka.

Antara tujuan lain Kongres tersebut adalah untuk mendirikan ”Dewan Nasional Masyarakat Yahudi” yang diwujudkan dalam pelbagai Kongres yang telah diadakan. Kongres-kongres telah diadakan di pelbagai lokasi seperti di Basle, London, Den Haag (the Hague), Hamburg, Wina, Carslbad, Zurich, Prague, Lucerne dan Geneva. Namun bermula pada ke Kongres ke 23, kesemua Kongres tersebut telah diadakan di Jerusalem.

Kongres Pertama

Kongres Pertama pada mulanya dirancang diadakan di Munich Jerman, tetapi kerana adanya bangkangan dan tentangan dari masyarakat dan kelompok rabbi Jerman (Protestrabbiner 24), Kongres tersebut kemudian dipindahkan ke basle dan telah diadakan pada 29 – 31 Ogos 1897.

Nilai penting pada Kongres tersebut ialah perumusan Program basle dan pembentukan Organisasi Zionis, yang menyatukan orang-orang Zionis Eropah Barat dan Timur. Di dalam Kongres Pertama ini jugalah mereka telah sepakat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang di sebut sebagai Erez Israel (Tanah Israel). Mereka bersetuju perlunya imigrasi dan pembentukan pemukiman dalam skala besar di Erez Israel yang hanya akan mampu tercapai dengan bantuan dan pengakuan antarabangsa.

Kongres Pertama juga menentukan suatu program kerja yang diteruskan pada setiap Kongres mendatang dan membahaskan tentang laporan dari projek pemukiman Yahudi di Diaspora. Diasporan bermaksud orang-orang Yahudi yang hidup di luar Erez Israel.. Secara bahasa, Diasporan bermaksud penyebaran atau kawasan pemukiman Yahudi di Luar Erez Israel.

Dalam Kongres Pertama, Max Nordau menyampaikan pidatonya yang terkenal, ceramah tentang Erez Israel dan masalah pemukiman, serta perdebatan tentang budaya. Dalam Kongres Pertama ini, Herlz bertindak sebagai Ketua Kongres ( beliau terus menjawat jawatan tersebut pada setiap kongres-kongres yang lain sehinggalah beliau meninggal dunia). Akhirnya Herlz terpilih sebagai Presiden Organisasi Zionis.

Kongres ini juga memberikan daya tarik yang luar biasa bagi Yahudi mahupun non Yahudi di seluruh dunia. Herlz sendiri telah membuat satu kesimpulan penting dari Kongres Pertama tersebut melalui tulisan beliau:

” Saya tidak perlu lagi untuk menulis sejarah masa lalu kerana hal ini telah ditulis oleh orang lain… Jika saya ringkaskan, Kongres Basle dalam sebuah kata yang tidak boleh dinyatakan secara terang-terangan, saya di Basle ini telah mendirikan Negara Yahudi.” (Catatan Harian Herlz, 30 Ogos dan 3 September 1897, Complete Diaries, di sunting oleh R. Patai, 2, 580-581).

Sebuah daftar lengkap para peserta Kongres Pertama dengan perincian bibliografi telah di susun oleh H. Orlan dalam Herlz Year Book, 6 (1964-65), 133-52. Banyak literatur yang membahaskan tentang Kongres Pertama ini di antaranya adalah Warum gingin wir zum erten Zionistenkongress? (1922) yang di dalamnya berisi 32 catatan peserta tentang motivasi yang mendorong peranan mereka dalam mengikuti kongres ini. Literatur yang lain adalah Sefer ha Congress (1923, 1950) yang di sunting oleh Leib Yaffe.

Bahasa rasmi yang digunakan pada Kongres Pertama adalah bahasa Jerman ( rincian laporan tentang Kongres tersebut diterbitkan dalam bahasa Jerman sehinggalah awal tahun 1930an, kemudian ke dalam bahasa Inggeris). Selama beberapa tahun, bahasa yang digunakan dalam pidato rasmi hampir semuanya menggunakan bahasa Jerman. Ini adalah kerana ramainya delegasi yang berbicara dalam bahasa Jerman terpengaruh dengan bahasa Yiddish, maka kongres tersebut dinamakan ”Kongressdeutsch”.

Sumber adalah petikan dari tulisan Prof. Jacob Katz.