fbpx

Segar Cergas Jayakan SUKHAL 2014

Segar Cergas Jayakan SUKHAL 2014

Segar Cergas Jayakan SUKHAL 2014

BANDAR BARU BANGI, 1 September 2014 – Karnival Sukan Nasional HALUAN (SUKHAL) 2014 telah berlangsung dengan jayanya di kampus German Malaysian Institute (GMI) pada 30 Ogos lepas.

Lokasi yang mampu menyediakan prasarana yang baik itu telah membuat arena temasya sukan kali ini berjalan lancar. Acara kali ini bertambah meriah bila dihadiri kira-kira 500 orang peserta dan ratusan peminat dan penyokong pasukan yang bertanding dari seluruh negara.

Temasya tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Biro Sukan & Rekreasi, Encik Abd Hafidz Hamzah dan diikuti dengan kata-kata semangat Penasihat Biro Sukan & Rekreasi, Cikgu Mohd Abdoh Zainal Abidin yang telah menyemarakkan suasana. Temasya kali ini dirasmikan oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab. Rahman. Antara lain Dr Abdullah menyebut bahawa, “Kesihatan yang baik amat-amat penting bagi kita semua dalam menjayakan kesemua gerak kerja HALUAN di dalam lapangan masyarakat melalui pelbagai misi kemanusiaan dan kebajikan yang telah dilaksanakan selama ini.” Justeru memberi petunjuk bahawa aspek kesihatan dan kecergasan adalah sebahagian daripada elemen yang perlu diberi penekanan di kalangan keahlian HALUAN.

Sebaik sahaja selesai perasmian, larian 3 km untuk semua yang hadir mengikut kategori umur telah berlangsung dan diikuti dengan acara-acara lain yang telah disediakan. Berikut adalah keputusan keseluruhan SUKHAL:

Acara Lelaki
Bola Sepak 9’s
Johan – Utara A
Naib Johan – Timur B

Futsal Veteran & VIP
Johan – Tengah
Naib Johan – Utara

Bola Tampar Atas 40
Johan – Tengah
Naib Johan – Timur

Bola Tampar Bawah 40
Johan – Utara B
Naib Johan – Timur B

Badminton
Johan – Utara
Naib Johan – Timur

Ping Pong
Johan – Timur
Naib Johan – Utara

Acara Wanita

Bola Jaring
Johan – Timur A
Naib Johan – Timur B

Badminton
Johan – Utara
Naib Johan – Timur

Ping Pong
Johan – Selatan
Naib Johan – Timur

Johan Keseluruhan – Timur

Penutup SUKHAL telah dilaksanakan oleh Cikgu Mohd Abdoh. Sejurus kemudian, semua kontinjen bergerak pulang ke negeri masing-masing dengan keazaman untuk kembali di kejohanan dwi tahunan ini. Tugas hakiki menanti paska SUKHAL, untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti.

Laporan oleh Setiausaha SUKHAL