fbpx

Sederhana Sambutan Aidilfitri HALUAN Selangor

Sederhana Sambutan Aidilfitri HALUAN Selangor

Sederhana Sambutan Aidilfitri HALUAN Selangor

SHAH ALAM, 23 Jun 2019  — Serba sederhana tetapi tetap meriah. Begitulah majlis sambutan Aidilfitri HALUAN Selangor yang berlangsung pada Sabtu, 22 Jun di perkarangan Pejabat HALUAN Cawangan Selangor, Jalan Kebun di Shah Alam. 

Majlis tersebut dihadiri beberapa jemputan khas yang terdiri daripada ADUN Sungai Kandis, YB Encik Mohd Zawawi Mohd Mughni; Ahli Majlis Zon 1, Encik Ismail @ Saime Zakaria, wakil-wakil dari Masjid dan surau serta Exco HALUAN Cawangan Selangor.

Majlis turut meraikan dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 keluarga asnaf dan anak-anak daripada Asrama HALUAN Penyayang yang pernah diziarahi pihak HALUAN Selangor pada Ramadan lalu.

Kehadiran sekitar 400 orang itu dapat mengeratkan lagi hubungan pihak HALUAN Cawangan Selangor dengan masyarakat setempat serta dapat membuka peluang kepada ahli HALUAN  untuk beramah mesra dan menyantuni masyarakat setempat.

“Setelah pelbagai program dijalankan sepanjang Ramadan dan sebelumnya, majlis ini dapat menjadi medan pertemuan secara santai antara HALUAN dengan masyarakat. Penting untuk ahli HALUAN menyantuni masyarakat dengan kasih-sayang dan berhemah, terutamanya bersempena bulan yang mulia ini,” berkata  Encik Amirul Anuar selaku Pengarah Majlis Sambutan Aidilfitri HALUAN Cawangan Selangor 2019.

__
Laporan Amirul Anuar Azman, Setiausaha Kerja HALUAN Selangor