fbpx

“Santa Claus” Demo Menentang Tembok Pemisah Israel

“Santa Claus” Demo Menentang Tembok Pemisah Israel

RAMALLAH, 26 Disember – Aktivis Palestin dan Israel telah berpakaian seperti Santa Claus dalam usaha ‘memprotes kewujudan tembok pemisah Israel di Tebing Barat. Walaubagaimanapun mereka telah bertembung dengan pasukan Israel pada hari Natal di desa Bil’in, Tebing Barat, sebelah barat Ramallah dan ditembak dengan gas pemedih mata. Menurut laporan dari laman berita Ma’an, para peserta demostrasi telah membawa pokok Krismas yang dihiasi dengan tabung gas terpakai dan bom tangan setrum terpakai yang telah digunakan oleh tentera Israel terhadap para  demonstrasi sebelumnya sejak lima tahun terakhir. 

Pohon senjata yang dihasi itu adalah merupakan simbolik sokongan para aktivis terhadap Abdullah Abu Rahme penyelaras Jawatankuasa Bil’in Melawan Tembok dan Permukiman haram Israel. Rahme saat ini di tahan di penjara tentera Israel dan akan dibicarakan atas tuduhan “memiliki senjata yang boleh menyebabkan kematian dan berbahaya ketika mengadakan demostrasi terhadap Israel” sedangkan beliau sebenarnya memegang tabung gas mata terpakai dan bom tangan terpakai yang telah dilgunakan oleh tentera Israel untuk menyuraikan demo-demo yang telah diadakan di Bil’in. (wbn)