fbpx

Sambutan 55th Asean Day Untuk Kemanusiaan

Sambutan 55th Asean Day Untuk Kemanusiaan

Sambutan 55th Asean Day Untuk Kemanusiaan

PUCHONG, 8 Ogos 2022 – Kementerian Luar Negara dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan majlis “55th ASEAN Day – Regional Humanitarian Efforts” di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), NADMA Pulau Meranti hari ini.

HALUAN bersama beberapa NGO lain seperti Global Peace Malaysia (GPM), Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA), Malaysian Red Crescent Society dan Tzu Chi telah mengadakan pameran untuk pelawat ke majlis tersebut.

Semua kedutaan negara ASEAN telah menghantar wakil mereka ke majlis berkenaan. Menteri Luar Negara, Datuk Saifuddin Abdullah telah menyampaikan ucap utama dan beliau turut diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad selaku tuan rumah kepada markas SMART.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim berbangga atas kerjasama dan penglibatan NGO dalam majlis tersebut. Beliau menegaskan penglibatan NGO dalam majlis seperti itu memberikan makna yang sebenarnya kepada maksud “Regional Humanitarian Efforts” kerana NGO adalah antara pemain peranan utama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Pegawai HALUAN yang bertugas menjaga meja pameran telah menyampaikan penerangan kepada semua pengunjung yang bertandang. Mereka yang terdiri daripada kakitangan pelbagai kedutaan dan kementerian mengambil peluang untuk mengenali HALUAN secara lebih mendalam.


Laporan Mohd Jamil Muda, Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan