fbpx

Roadshow HALUAN Palestin di Pulau Pinang

Roadshow HALUAN Palestin di Pulau Pinang

Kuliah Maghrib di Masjid Permatang Binjai, SPU telah disampaikan oleh penceramah daripada Seketariat HALUAN Palestin Pulau Pinang, Ustaz Abdul Rahim Hamid. 30 ahli jemaah masjid didedahkan dengan fakta dan data yang disertai nas-nas Al-Quran dan hadis berkenaan kedudukan bumi Palestin di sisi agama Islam dan umat Islam. Walaupun penyampaian Ustaz Rahim memakan masa yang sedikit panjang, iaitu sehingga jam 9:30 malam, para jemaah tidak berganjak daripada tempat duduk sehingga tamat. Seusai solat isya, Ustaz Abdul Rahim mengimamkan para jemaah melakukan solat hajat memohon pertolongan dan bantuan Allah kepada umat Islam di Gaza dan di Palestin.