7.6K PROGRESS
“Simbolik Jarak Larian (7.6km) Dan Kayuhan (76km)”
Sertailah kami untuk mencapai matlamat gabungan 7636.91km larian dan kayuhan. Jarak larian dan kayuhan ini telah diinspirasikan daripada jarak antara Kuala Lumpur dan Masjidil Aqsa. Ia merupakan tanda kecintaan dan kebersamaan kita dengan Masjidil Aqsa di mana jarak antara kita dan mereka bukanlah sebuah penghalang untuk bersatu dan bersama-sama dengan saudara di Palestin.
Jarak semasa untuk misi perjalanan menuju Masjid Al-Aqsa, 7636.91km!
LARIAN + KAYUHAN
TARGET
YURAN
TIKET | HARGA |
---|---|
Standard | RM65.00 |
Pelajar/Siswa | RM60.00 |
Harga termasuk T-shirt, Medal, e-sijil dan penghantaran. Set larian/kayuhan dijangka akan mula dihantar bermula 10 Ogos 2021.
TARIKH PENTING
PERKARA | TARIKH |
---|---|
TEMPOH PENDAFTARAN | 7 Jun – 7 Julai 2021 |
TEMPOH LARIAN/KAYUHAN | 15 Jun – 31 Julai 2021 |
TARIKH AKHIR PENYERAHAN REKOD LARIAN/KAYUHAN | Bermula 31 Julai 2021 |
TARIKH PENGHANTARAN KIT PESERTA | Bermula 10 Ogos 2021 |
SLIM FIT Roundneck
SIZE | CHEST | LENGTH | SHOULDER | S/SLEEVE | L/SLEEVE |
---|---|---|---|---|---|
XS | 34 | 24 | 14 | 9 | 21 |
S | 36 | 25 | 15 | 9 | 22 |
M | 38 | 26 | 16 | 9 | 23 |
L | 40 | 27 | 17 | 10 | 24 |
XL | 42 | 28 | 18 | 10 | 25 |
2XL | 44 | 29 | 19 | 10 | 25 |
3XL | 46 | 30 | 20 | 11 | 26 |
4XL | 48 | 31 | 21 | 11 | 26 |
5XL | 50 | 32 | 22 | 12 | 27 |
6XL | 52 | 33 | 23 | 12 | 27 |
7XL | 54 | 34 | 24 | 12 | 28 |
Saiz baju jenis SLIM FIT lebih kecil dari biasa. Ukuran dalam inci.
MUSLIMAH
SIZE | CHEST | LENGTH | SHOULDER | L/SLEEVE | WITDH |
---|---|---|---|---|---|
XS | 36 | 34 | 14 | 22 | 44 |
S | 38 | 35 | 15 | 22.5 | 46 |
M | 40 | 35 | 16 | 22.5 | 48 |
L | 42 | 36 | 17 | 23 | 50 |
XL | 44 | 36 | 18 | 23 | 52 |
2XL | 46 | 36 | 19 | 23.5 | 54 |
3XL | 48 | 36 | 20 | 24 | 56 |
4XL | 50 | 36 | 21 | 24 | 58 |
5XL | 52 | 36 | 22 | 24.5 | 60 |
6XL | 54 | 36 | 23 | 25 | 62 |
7XL | 56 | 36 | 24 | 25 | 64 |
Muslimah jenis labuh dan A cut. Ukuran dalam inci.
CABARAN KHAS
Cabar diri anda untuk memenangi tangga teratas di carta atau ‘leaderboard’ dan dapatkan e-sijil khas serta hadiah istimewa sebagai sebuah penghargaan atas pencapaian anda. Jom sertai misi ini!
Sempurnakan larian minimum 7.6km atau kayuhan 76km akan melayakkan anda untuk menerima sijil elektronik yang direka khas. Kumpul jarak larian dan kayuhan dalam tempoh yang diberikan atau lakukannya sekaligus.
Tangkap gambar skrin (screenshot) yang menunjukkan jarak, masa atau tarikh larian dan kayuhan anda.
Peserta perlu/dikehendaki berlari atau berbasikal dan mengambil gambar yang paling menarik untuk dimuatnaik di instagram yang menunjukkan solidariti terhadap Palestin (contohnya; memakai mafla/headband/bendera Malaysia-Palestin). Setiap penyertaan gambar adalah diadili berdasarkan kreativiti dan jumlah 'Like' paling banyak. Jadi, sebarluaskan penyertaan anda bersama tanda pagar #rnr4alaqsa2 bagi memenangi cabaran ini!
Muatnaik gambar di Facebook dan Instagram anda bersama nombor e-Bib di kapsyen dengan tanda pagar:-
#rnr4alaqsa2
#roadtoalaqsa
*Pastikan post dan profile anda pada tetapan umum/public setting
Jadilah 10 peserta terunggul dalam larian atau kayuhan paling jauh! Kumpulkan jumlah larian dan kayuhan anda sepanjang tempoh acara maya ini berlangsung..atau lakukan sekali mengikut kesukaan anda! Tangkap layar anda (screenshot) mestilah menunjukkan jarak, masa dan tarikh larian/kayuhan anda.
Benda baik, kita perlu elakkan daripada bertangguh. Jom sertai misi ini!
Pada tahun 2021, tentera zionis Israel yang bersenjata nuklear dan dilengkapi dengan senjata terkini, telah dikalahkan. Sistem pertahanan peluru berpandu ``Iron Dome`` yang kononnya sangat mahal dan dibanggakan mereka gagal dalam menangkis roket yang dilancarkan oleh kumpulan pembebasan Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung.
LANGKAH PENYERTAAN
Bagaimana untuk sertai #RNR4ALAQSA2? Ikuti EMPAT langkah di bawah:-
Daftar, buat bayaran dan dapatkan e-Bib anda.
Catat dan rekod larian / kayuhan menggunakan aplikasi sukan atau jam tangan sukan anda.
Hantar rekod larian terkumpul anda melalui pautan dan kongsikan di sosial media.
Kit larian anda akan mula dihantar bermula 10 Ogos 2021.
RUN AND RIDE FOR AL-AQSA (#RNR4ALAQSA2) merupakan acara larian dan kayuhan amal yang membawa tema “Road to Al-Aqsa : The Centre of Barakah”. Ia merupakan sebuah simbolik bahawa larian dan kayuhan amal ini merupakan jalan-jalan harapan yang menuju kepada kebangkitan dan pembebasan Masjidil Aqsa seiring dengan semangat untuk bersolidariti bersama Saudara kita di Palestin.
RM 65.00 untuk tiket standard dan RM 60.00 untuk tiket pelajar/mahasiswa. RM 10.00 daripada setiap penyertaan akan disalurkan pada Palestin.
Program ini akan bermula daripada 15hb Jun hingga 31 Julai 2021. Anda bebas untuk berlari dan berkayuh pada waktu bila-bila dan di mana-mana.
Semua peserta akan memperolehi T-Shirt, Medal dan e-sijil.
Saiz tempahan T-Shirt tidak boleh diubah selepas mendaftar. Jika anda ingin mengubah maklumat butiran pendaftaran yang lain seperti alamat email, sila hubungi kami di rnr4alaqsa@haluan.org.my
Harap maaf, pemulangan bayaran balik tidak akan dapat diberikan pada anda.
Boleh. Anda dihendaki untuk menghantar bukti rekod bagi kedua-dua kategori tersebut.
Set larian/kayuhan akan dihantar pada anda selepas 30 hari penutupan acara.
Boleh. Jarak larian/kayuhan boleh dikumpulkan melalui beberapa kali pecahan jarak larian/kayuhan sepanjang acara ini berlangsung (15 Jun – 31 Julai 2021)
Sepanjang tempoh 15 Jun sehingga 31 Julai, anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang boleh menjejaki larian/kayuhan anda, kemudian ‘screenshot’ keputusan yang menunjukkan tarikh dan jumlah jarak sebagai bukti larian. Seterusnya, hantar keputusan larian/kayuhan sebelum 31 Julai 2021. Anda boleh menghitung jarak larian anda menggunakan cara berikut :
Anda boleh mendaftar bagi pihak mereka. Namun, anda perlu mengambil perhatian mengenai nombor ebib beserta alamat email yang digunakan.
Setelah anda berjaya menyelesaikan cabaran larian/kayuhan, pihak penganjur akan menghantar emel kepada anda. Anda perlu memuat turun e-sijil anda untuk tambahan koleksi anda.