fbpx

“Ride Pray For Syria 2014” Jelajah ke Bayan Baru

“Ride Pray For Syria 2014” Jelajah ke  Bayan Baru

“Ride Pray For Syria 2014” Jelajah ke Bayan Baru

nvog-01BAYAN BARU, 7 Mac 2014 – Untuk kesekian kalinya, Kumpulan Northern Versys Owners Group (NVOG) telah berkerjasama dengan HALUAN Malaysia untuk menjayakan usaha kebajikan. Kali ini sasaran mereka merupakan Program Ride Pray For Syria (RP4S) yang bertujuan mengutip derma bagi membantu mangsa peperangan di Syria.

Di samping mengutip dana bantuan kemanusiaan, program ini juga dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang apa yang sedang berlaku di Syria melalui aktiviti bermotor kumpulan peminat motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys itu. Program anjuran Masjid Bayan Baru bersama dengan NVOG ini berganding bahu dengan HALUAN Malaysia cawangan Pulau Pinang.

Program jelajah bermotosikal ini bermula dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok pada 9 November 2013, diikuti dengan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) Kulim pada 7 November, kemudian di AdTech Mahang pada 9 November, seterusnya di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pada 30 November, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan 7 hingga 21 Dis 2013, Masjid Bayan Baru 28 Februari hingga 7 Mac 2014 dan penutupnya dijangkakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 13 Mac 2014 nanti.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Tabung Program RP4S telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Bayan Baru, Prof. Dr Hassim Mat. Kutipan di masjid berkenaan telah berjalan selama seminggu di mana hasil daripada keprihatinan penduduk Bayan Baru telah berjaya mengumpul sebanyak RM5,570. Semua kutipan telah diserahkan oleh Prof. Dr Hassim kepada wakil NVOG, En Azman Daud. En Azman seterusnya menyerahkan keseluruhan sumbangan tersebut kepada Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN melalui wakil HALUAN Cawangan Pulau Pinang, En Jamaludin Hassan.

Bagi mereka yang ingin turut menyumbang untuk kebajikan umat bolehlah berbuat demikian dengan menderma melalui
Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad