fbpx

Riang Ria Cuti Sekolah, Anak-Anak Kuala Bekah

Riang Ria Cuti Sekolah, Anak-Anak Kuala Bekah

Riang Ria Cuti Sekolah, Anak-Anak Kuala Bekah

PENAGA, SEB. PERAI UTARA, 28 Dis 2019 – Cuti sekolah merupakan hari yang menyeronokkan bagi kanak-kanak kerana mereka boleh bersantai melaksanakan aktiviti yang mereka suka. Untuk mengisi masa lapang mereka, aktivis HALUAN Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Biro HALUANITA Pulau Pinang, Puan Khairiah Hussain, telah menganjurkan program “Riang Ria Cuti Sekolah” untuk kanak-kanak Kampung Kuala Bekah di sini. Program adalah kerjasama dengan komuniti surau kampung berkenaan.

Berbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, sukaneka, latihan praktikal bercucuk tanam dan praktikal solat. Menurut pengarah program, Puan Noraini Aminuddin, program ini merupakan siri- siri program HALUAN turun ke masyarakat sesuai dengan motto HALUAN, Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

Perasmian penutupan program dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh wakil ADUN Bertam, En. Jalalludin Abdullah. Beliau berharap lebih banyak lagi program sedemikian dapat dilaksanakan oleh HALUAN untuk menyantuni masyarakat yang memerlukan bimbingan demi membentuk masyarakat yang produktif dan harmoni.


Laporan HALUAN Pulau Pinang