fbpx

Retreat HALUANSiswa Serlah Potensi Pemimpin

Retreat HALUANSiswa Serlah Potensi Pemimpin

Retreat HALUANSiswa Serlah Potensi Pemimpin

BANGI, 12 Feb 2016 – ‘RETREAT’ tiga hari oleh Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) bermula 12 Februari lepas diadakan demi memantapkan jentera penggerak utama mahasiswa HALUAN di kampus-kampus dalam dan luar negara secara istiqamah. Lebih 50 orang peserta telah mewakili IPT mereka masing-masing.

Objektif utama program bertujuan untuk mengasah bakat dan potensi pemimpin yang ada dalam diri setiap peserta di samping mengeratkan hubungan sesama mereka yang hadir dari jauh dan dekat.

Ucaptama program telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Siswa HALUAN, Encik Abu Ubaidah Sharudin yang menekankan beberapa ciri-ciri pemimpin yang perlu seperti sentiasa memperbaiki diri, mempunyai kejelasan matlamat dalam kehidupan, terdorong dengan kemahuan yang tinggi, memiliki jiwa yang besar serta berkerja di dalam organisasi.

Seterusnya, para peserta ditugaskan untuk melakar strategi dan pelan tindakan untuk mencapai kejayaan di masa akan datang. Adalah menjadi harapan agar para peserta dapat meneliti dan merancang setiap urusan supaya gerak kerja dan sebarang tindakan yang akan dilakukan di kampus mereka nanti akan memberikan manfaat kepada ahli-ahli kelab.

Akhir sekali, program disempurnakan dengan penyampaian amanat oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman. Beliau menegaskan bahawa seharusnya generasi muda berasa terpanggil untuk memimpin dan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan diredhai Allah SWT.


Laporan Khaulah Mohamad Adi, Setiausaha RETREAT HALUANSiswa 2016