fbpx

Resolusi Konvensyen Wanita Kebangsaan 2011 menyentuh permasalahan sosial

Resolusi Konvensyen Wanita Kebangsaan 2011 menyentuh permasalahan sosial

Resolusi Konvensyen Wanita Kebangsaan 2011 menyentuh permasalahan sosial

Putrajaya, 1 Nov 2011  –  Kerajaan harus mewajibkan pendidikan agama dalam pendidikan formal persekolahan dan IPT dan meningkatkan mekanisma pendidikan agama yang berkesan. 


Langkah ini adalah perlu kerana tiada mekanisma yang lebih berkesan daripada itu untuk menangani serta melangsaikan segala permasalahan sosial dan integriti diri pemuda-pemudi yang membesar di negara ini. Cadangan tersebut adalah di antara resolusi yang telah disepakati oleh Konvensyen Wanita Kebangsaan 2011 yang telah dianjurkan oleh HALUANITA dengan jayanya pada 29 Oktober lepas di oditorium Masjid Putra.

Di samping itu, konvensyen juga mahu agar kerajaan menjadikan isu masalah gejala sosial satu daripada agenda utama negara dalam penyusunan semula masyarakat, sambil memperbanyakkan penglibatan kerajaan dan NGO serta organisasi seperti masjid, universiti, pusat latihan, dan syarikat motivasi dalam usaha memberi kesedaran ini kepada semua lapisan masyarakat.

Resolusi lain yang dicapai termasuklah:

  1. Memberi lebih banyak peluang dan peruntukan dalam usaha untuk membina dan membentuk  jati diri belia.
  2. NGO/Badan tertentu:
    • Meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran tentang matlamat hidup sebenar dan cara hidup Islam kepada masyarakat dengan pelbagai cara.
    • Memperbanyakkan dan memantapkan lagi program kerjasama antara NGO, agensi kerajaan, agensi swasta dan seumpamanya seperti menambahbaik kandungan kursus perkahwinan dengan memberi penekanan lebih kepada permasalahan aqidah.
    • Membentuk generasi pewaris yang mendokong Islam dan Iman sebenarnya.
  3. Ibubapa
    • Merancang pendidikan anak-anak dengan mendidik dan mentarbiyah anak-anak.
    • Mengambil berat perkembangan aqidah dan akhlak anak-anak, bukan semata-mata akademik dan keperluan kebendaan sahaja, serta sanggup berkorban tenaga dan harta ke arah usaha-usaha ini.
    • Mewujudkan suasana (biah) solehah dan khudwah hasanah atau model yang baik dalam keluarga.