fbpx

Remaja Palestin Berusia 12 Tahun Disiksa Di Penjara Israel

Remaja Palestin Berusia 12 Tahun Disiksa Di Penjara Israel

Remaja Palestin Berusia 12 Tahun Disiksa Di Penjara Israel

“Setiap kali kami cuba untuk tidur, mereka membangunkan kami dengan memukul kami menggunakan hujung senapang mereka selama tiga hari .. Mereka mengunci kami di dalam tandas dan membiarkan kami tanpa makanan atau air sehingga kami terpaksa minum air yang ada di dalam tandas. Mereka akan mencucuh putung rokok mereka ke kaki kami dan menjerit-jerit pada kami terus-menerus.” Ini adalah kenyataan yang dilalui oleh anak tawanan di penjara Israel, Mohammed Tarik Mokheimer, yang berasal dari kampung Beit Oure, berdekatan Ramallah. Beliau ditangkap pada Julai 2010. Mohammed Tarik Mokheimer, yang baru berusia 12 tahun ditangkap bersama rakan sekelasnya Muhammad Ramadhan  atas tuduhan membaling batu terhadap pasukan rondaan tentera Israel. Mereka kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Benjamin untuk disoalsiasat, mereka kemudian dikunci di dalam tandas selama tiga hari. Mereka telah ditelanjangkan dan tidak diberi makanan atau minuman. Ibu Mohammed berkata, “Pada hari penangkapannya, Mohammed lambat tiba di rumah, sehingga seluruh keluarga pergi mencari beliau, tetapi kami tidak menemuinya. Pada 1:30 tengahari, ayah rakan sekelas-nya memberitahu kami bahawa anaknya ( teman sekelas Mohammed) “Muhammad Ramadhan” telah ditangkap.”

Ibu Mohammed merasa sangat terkejut dan kebingungan. Kata beliau “Mohammed belum mencecah umur 13 tahun lagi, dan anaknya tidak mempunyai pengetahuan tentang apa itu penahanan dan bagaimana tahanan diperlakukan, jadi bagaimana mereka boleh menangkap anak-anak kecil ini?” Dia menambah, “Namun demikian, ahli keluarganya dan jiran telah meyakinkan saya bahawa penahanan itu tidak akan lama dan mereka akan segera dibebaskan.” Keesokan harinya ibu bapa Mohammed ke pusat tahanan untuk mengetahui khabar berita anak mereka dan teman sekelasnya. Kata ibunya, “Saya tidak pernah terfikir saya akan melihat anak saya seperti itu, berdiri di belakang kandang tahanan dengan tangan dirantai, wajahnya penuh dengan ketakutan. Saya cuba untuk bercakap dengannya , tapi tidak dibenarkan. Dia akan memandang saya dan menangis sepanjang masa, dan setelah pertuduhan dibaca, mahkamah telah memanjangkan penahanannya.. ” Ibu Mohammed tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada anaknya, namun beliau merasakan bahawa sesuatu yang tidak diingini telah berlaku ke atas anaknya. Beliau cemas dan gelisah sepanjang masa mencari jawapan apa yang terjadi pada anaknya. Akhirnya sangkaan beliau ternyata benar, anaknya dan teman sekelasnya telah melalui saat ngeri dari penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Israel. Perkara ini telah dibongkarkan melalui laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Tahanan dan Tahanan Yang Dibebaskan. Hiba Mosalha, peguam di Kementerian tersebut telah mengunjungi kedua-dua tahanan. Beliau mengatakan, “Pertamanya saya beranggapan bahawa cerita Mohammed berlebih-lebihkan, tetapi setelah saya melihat sendiri bekas-bekas penyiksaan di tubuh mereka seperti kesan cucuh puntung rokok pada kaki mereka, kuku kaki mereka tertanggal kerana pukulan keras.” Beliau  menambah lagi, “Sementara kami berbincang, wajah anak-anak ini kelihatan seperti ketakutan kerana bimbang penyiksaan itu akan berulang lagi.” Menurut Hiba lagi bahawa kejadian yang menimpa ke atas Mohamad Mokheimer dan Muhammad Ramadhan bukanlah yang pertama kali terjadi walaupun ianya adalah yang paling mengerikan. Dalam pernyataan peguam yang dilaporkan, Mohammed mengatakan, “Kami ditangkap di Jalan 443 berhampiran Dinding Pemisahan yang di bina Israel berdekatan kampung mereka, saat itu seluruh tubuh badan kami dipukul dengan senjata dan mereka menendang kami sampai kami jatuh ke tanah.” Setelah itu askar-askar itu merantai kami, mata kami ditutup, dan kami dibawa ke Pusat Tahanan Benjamin yang berhampiran dengan kampung ini.” “Di pusat tahanan, kami dikunci di tandas dan dipaksa untuk membuka semua pakaian kami. Selama dua hari mereka dibiarkan tidak berpakaian di dalam tandas tanpa makanan atau minuman, dalam masa yang sama askar-askar itu memasang penghawa dingin sepanjang masa.” cerita Mohammed lagi Mohammed menceritakan lagi bahawa mereka menderita kehausan dan terpaksa minum air dalam tandas. Mereka menderita kesejukan yang amat sangat kerana mereka tidak berpakaian langsung selama dua hari, dan setiap kali mereka cuba untuk tidur, para askar akan kejutkan mereka. Mohammed juga menceritakan bahawa perkara yang paling mengerikan yang terjadi pada mereka adalah ketika tentera Israel masuk ke tandas untuk buang air kecil, mereka membuangnya di atas kepala dan muka Mohammed dan rakannya Ramadhan. Setiap kali mereka berbuat demikian, mereka tertawa dan mengejek-ngejek tahanan anak-anak kecil ini. Dalam masa yang sama, salah seorang dari tentera Israel sedang merakamkan gambar kejadian itu. Sebelum mereka di bawa ke mahkamah, mereka telah di paksa menandatangani dokumen dalam bahasa ibrani yang menyatakan mereka mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan dengan tujuan untuk menahan anak-anak ini lebih lama lagi. Menurut Hiba Mosalha, penyiksaan terhadap para tahanan kalangan anak-anak telah menjadi dasar oleh tentera Israel untuk memastikan anak-anak ini mengaku atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka, sehingga mahkamah Israel akan memenjarakan mereka selama mungkin. Berkenaan dengan statistik rasmi, pihak berkuasa Israel telah menahan  lebih dari 6700 tahanan Palestin, di antara terdapat 287 orang anak-anak yang berusia di bawah 18 tahun. Dalam laporan dan kajian yang  dilakukan terhadap seratus orang tawanan kalangan anak-anak ini, didapati bahawa 81% dipukul dan ditendang dan 26% yang terkena penyakit Phantasmagoria (penyakit gila), sedangkan 12% diancam dengan kekerasan seksual, dan 4% dari mereka melalui kekerasan seksual. (wemo)Terjemahan: Halimah Jaafar (Sukarelawan HALUANPalestin)