fbpx

Regev: “Saya beri jaminan bahawa Israel akan menghormati undang-undang antarabangsa”

Regev: “Saya beri jaminan bahawa Israel akan menghormati undang-undang antarabangsa”

Isnin, 12 Januari 2009 

Pada pukul 8.30 pagi waktu rasmi Pasifik, jurucakap rasmi Perdana Menteri Israel, Mark Regev telah berbicara tentang pelayaran bot “Free Gaza”, “Spirit of Humanity” dengan Paul Larudee, salah seorang pengasas “Free Gaza”. Larudee cuba mendapakan jaminan bahawa Israel tidak akan menyerang atau menghalang bot tersebut memasuki Gaza bersama dengan bekalan perubatan dan anggota sukarelawan, serta para wartawan dan aktivis kemanusiaan. Bot itu dalam perjalanan menuju ke Gaza. Israel telah memberi amaran akan menggunakan “apa jua cara sekalipun” untuk menghentikan bot tersebut. Pada 30 Disember, sebuah kapal perang Israel telah melanggar dan hampir menenggelamkan bot yang dihantar sebelum ini.

Ini merupakan transkrip perbualan mereka: Regev: Helo? Larudee: Helo, Mark? Ini Paul Larudee, bercakap dari California. Saya nak bercakap tentang bot (yang dalam perjalanan) dari Cyprus ke Gaza dengan bekalan perubatan dan anggota sukarelawan. [kedengaran dengusan dari Mark] Kerajaan Israel telah memberi amaran akan menggunakan “apa jua cara sekalipun” untuk menghentikan bot tersebut. Saya mahukan jaminan dari anda bahawa ia itu tidak akan diserang atau dihalang dari melaksanakan misinya. Regev: Bot ini bukannya (tentang) bantuan kemanusiaan. Gerakan “Free Gaza” ialah sebuah kumpulan yang simpati pada Hamas. Bantuan yang dibawa olehnya kurang dari separuh yang dibawa oleh satu daripada 1000 trak yang Israel telah benarkan masuk ke Gaza sejak permulaan kempen militari. Larudee: Tapi Mark, apa salahnya jika benarkan bot itu masuk? Regev: Kalau orang-orang ini nak bebaskan Gaza, biarkan mereka bebaskan Gaza daripada Hamas. Tahu tak bagaimana Hamas layan orang mereka sendiri? [diikuti dengan kritikan-kritikan terhadap Hamas] Larudee: Saya tak pasti saya setuju dengan semua pandangan anda, Mark… Regev: Ini bukan pandangan. Ini semua kenyataan. Mana boleh tak setuju dengan kenyataan? Larudee: Mark, Saya tak mahu bertengkar dengan anda tentang hal ini. Saya akan mengalah sebab sekarang saya nak minta perkara lain. Terdapat doktor dan bantuan perubatan di atas bot tersebut dan ia telah diperiksa oleh kerajaan Cyprus. Apa salahnya benarkan ia memasuki Gaza? Regev: Kerajaan Israel membenarkan pelbagai cara, tapi salahnya sekarang ialah ini merupakan propaganda buat Hamas. Larudee: Mark, anda ingat kan sewaktu pelayaran pertama oleh (kapal) “Free Gaza”, anda mengatakan bahawa Israel tidak akan masuk campur kerana ia bukan ancaman keselamatan, dan jika anda masuk campur ia akan menjadi propaganda buat kumpulan itu. Kenapa pula situasi sekarang berbeza? Regev: Saya tak pasti kita akan mengambil langkah yang sama kali ini. Ini situasi berbeza. Larudee: Israel tak menghalang empat pelayaran sebelum ini tetapi tiba-tiba kapal anda melanggar bot yang lepas… Regev: Kami mempunyai versi berbeza tentang kejadian itu … Larudee: OK, walaubagaimanapun bot tersebut rosak teruk dan kali ini kami berharap Israel akan melakukan apa yang boleh untuk memastikan kejadian sebegitu tidak lagi berulang. Menyerang orang awan merupakan jenayah perang dan menghalang bantuan kemanusiaan dari sampai kepada mangsa perang melanggar Konvensyen Geneva Regev: Israel tidak pernah melakukan jenayah perang dan kami sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa. Larudee: Mark, saya tahu anda taat pada kerajaan anda, kalaulah saya pun boleh yakin seperti anda. Saya cuma mahu kepastian bahawa bot tersebut akan selamat tiba ke destinasinya. Regev: Saya beri jaminan bahawa Israel akan menghormati undang-undang antarabangsa. Larudee: Oh, Mark! Ini berita yang sungguh menggembirakan! Inilah yang nak dengar. Terima kasih banyak-banyak. Saya rasa lega sekarang. Saya akan mengambil ini sebagai petanda baik bahawa bot tersebut akan selamat masuk (Gaza). Regev: Ya, terima kasih atas panggilan (telefon) anda. Larudee: Terima kasih, Mark.